Monday, August 11, 2014

Aku kecewa dengan Team Malaysia di Sukan Komanwel di Glasgow ..

Sekarang nie kedengaran KJ sanggup berundur kalau dia merupakan punca Malaysia gagal di Glasgow. Ayat macam power, tapi korang tahu la kan, ini semua ayat politik saja semata-mata. KJ, sorryla, memang aku tak percaya pun kenyataan ko.Ini ayat standard orang politik laaa.... Sebelum itu, baik kita renung-renung kembali apa yang berlaku kepada Malaysia ketika temasya di Glasgow tempoh hari.

Untuk pengetahuan korang semua, dengan bangganya aku mengatakan pasukan kita sebenarnya telah menghabiskan ratusan ribuan duit-duit membayar cukai termasuk aku untuk berlatih dan bertanding di temasya sukan komenwel di Glasgow tempoh hari. Dengan pencapaian yang tidak seberapa, kita hanya boleh berbangga dengan acara sukan tertentu sahaja. Mengecewakan dan hampess.. Kalau korang rasa korang berbangga, ikut korang lah, tapi aku cakap tema kali nie hampir semuanya mengecewakan (kecuali gold medalis).
Tempat ke 12 kot. Eh, team mana tempat ke 11? Singapura??

Kah kah kah.. lawak la. Singapura nie negara kecik jer, tapi atas Malaysia? Apa nak jadi nie. Kalau korang tengok elok-elok, negara maju berada dalam kelompok terbaik, logik la kan sebagai negara maju. Pastue negara-negara Africa yang boleh dikatakan tak masuk pun dalam kategori membangun, maju jauh sekali, tapi dalam kelompok yang lebih baik daripada negara membangun. Malaysia? Bakal menjadi negara berpendapatan tinggi. Ada GST 6 tapi di tempat ke berapa? 12? Hebat ker kalau macam tue. Macam tak boleh pakai jer.

Huhuhu.. Korang tengok pulak jaringan pingat yang kita terima.

Badminton kan.. Nasib China dengan Indonesia tak pernah dijajah British. Tidak, pingat tue pun boleh kita kirim salam jua..

Hahahaha...

Aku nak ulas lebih-lebih, kesian pulak atlit-atlit Malaysia. Cuma aku terbaca, keseluruhan kontigen seramai 269 orang dengan 135 daripadanya adalah atlet elit, lima atlet pelapis, 30 atlet luar program Majlis Sukan Negara dan sembilan atlet paralimpik. Baki 90 orang pulak adalah pegawai-pegawai sukan. Kontigen yang besar, tapi pulangan pingat yang tak logik akal. Sangat menyedihkan...

Apa yang aku boleh ucapkan, tahniah kepada gold medalis. nasib baik korang dapat jugak emas, kalau tak aku dah tak tahu nak cakap apa dah.

huhuhu. Sedikit recap kemenangan mereka..





Kini, di dada-dada akhbar bercerita dan berbahas mengenai mereka yang bertanggungjawab tentang kegagalan skuad Malaysia ini. KJ dan cakap dia sanggup melepaskan jawatan kalau dia merupakan punca. Nie ayat orang politik. Standard. Rashid Sidek dah hantar surat perletakan jawatan. Tapi sebelum ini pun dia dah ada konflik dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif. Yang tue pun satu hal.

Lagi terkini, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi kata rileks... bedah siasat dulu.

Woooi... berapa lama mau bedah siasat daaa... Ko tue pun macam dah lama ja kat kerusi tue. Turun la wooi...

Haih..

Macam-macam hal. Hoki dengan isu jurulatihnya, Badminton dengan halnya, bolasepak, dengan FAM nya... Macam-macam.

Aku? tunggu masa nak komen ja.. Hahhahaha... Dan untuk perhatian, kalau korang nak sukan negara maju, satu ja penyelesaiannya, lantik aku.. Aku pun nak projek oooi...

hahahahha

-luis garcia-

Recent Comments Widget