Friday, July 11, 2014

Siaran Piala Dunia sepatutnya percuma..

Tadi aku terbaca di satu website mengenai siaran percuma mengenai Piala Dunia nie. Korang tahu kan yang RTM memang siarkan Piala Dunia secara percuma, manakala Astro pula berbayar. Yang berbayar tue tak yah cakap la servis dia macam mana, mestilah yang terbaik. Manakala, RTM pula, ada perlawanan-perlawanan yang tergendala. tetapi masih dapat menyiarkan perlawanan-perlawanan utama secara langsung.

Usaha murni RTM patut dipuji, dan aku senang dengan cara perlaksanaan nya. Cuma yang menjadi tanda-tanya, kenapa seorang menteri bersuara tentang perbelanjaan mahal untuk menyiarankan siaran langsung ini. Maksud aku bersuara tue, seolah-olah dia macam merungut kerana mahal sangat. Habis buget RTM untuk siarkan benda lain pulak..

Itu memang realiti. Tidak dapat dinafikan. Tetapi, ingin aku war-warkan bahawa, sebenarnya seluruh dunia memperkatakan perkara yang sama. Menurut The Wall Street Jurnal, siaran Piala Dunia ini bukanlah satu hak asasi manusia, namun ramai pemimpin-pemimpin  dunia yang merasakan ia adalah satu peluang atau ruang politik yang baik. Sebagai contoh, di Thailand. Thailand kini dikawal dan diperintah oleh junta, yang mana pada mulanya Thailand hanya menyiarkan 22 perlawanan piala dunia secara langsung secara percuma, namun atas arahan junta, Thailand kemudiannya menyiarkan 64 perlawanan untuk penduduk Thailand dengan tujuan mengembalikan kegembiraan kepada rakyat.

Itu daripada segi politik. Tetapi ada pula yang berpendapat yang siaran piala dunia ini adalah satu tanggungjawab kepada rakyat untuk ditonton secara percuma. Antara negara-negara yang berpendapat sedemikian seperti:
  • Rusia
  • England
  • Portugal
  • Venezuela
  • Ecuadir
  • China
  • Australia
  • Japan
  • South Korea
  • Jerman
  • Belanda
  • Kanada
  • Greece
  • Switzerland
  • Poland
  • Republic Czech
  • Slovakia
  • Slovenia
  • Bulgaria
Namun, disebabkan banyak kekangan dan halangan, siaran percuma masih lagi tidak dapat dianjurkan. Walaupun Malaysia kini menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, seperti yang diunjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib, namun kita masih belum mencapai sepertimana negara-negara diatas. Di mana salahnya, di mana tak kena, aku masih menanti jawapannya...

-luis Garcia-
Recent Comments Widget