Thursday, July 10, 2014

Jadual Piala Dunia 2014 (Final & Tempat ke-3)


Ramalan Jerman akan menentang Belanda pada final Piala Dunia bagi ramai pendapat tidak menjadi kenyataan. Jika di lihat dari rekod gol Belanda dan Argentina, Belanda mempunyai kelebihan gol sebanyak 12 gol tidak termasuk penalti manakala Argentina 7 gol tidak termasuk penalti.

Final Piala Dunia ini juga seakan di manipulasi. Oleh kerana Brazil tersingkir, bagi mengubati hati penyokong Brazil, maka satu kelab dari Amerika Selatan akan beraksi di Final. Dan jika aksi di Final di monopoli oleh kelab Eropah, bermakna, berkurangan penyokong dari pihak tuan rumah. Namun ini hanyalah ramalan dan andaian admin sahaja.

Dan pastinya aksi di Final Piala Dunia ini Jerman adalah pasukan pilihan ramai peminat bola ekoran prestasi luar biasa mereka. Adakah Argentina bakal menerima nasib seperti tuan rumah Brazil? Atau Brazil akan menerima balasan lagi oleh Belanda pula?

Apa-apa pun, jangan lupa saksikan pertarungan tempat ke-3 pada pagi Ahad, 4.00 pagi dan Final pada pagi Isnin jam 4.00. Sambil-sambil sahur,sambil-sambil tengok bola. Dan dapatkan jadual di bawah ini di SINI


Recent Comments Widget