Thursday, July 10, 2014

Alexis Sanchez sah milik Arsenal.

Alexis Sanchez kini sah milik Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £30juta daripada Barcelona.

Menurut BBC, kelab Arsenal telahpun mengikat perjanjian bersama pemain yang berusia 25 tahun tersebut diatas persetujuan peribadi antara kelab dan Sanchez. Sanchez, yang menyertai Barcelona pada tahun 2011 daripada Unidese berjaya menjaringkan 43 gol daripada 119 penampilan.


Walaupun pada mulanya, Liverpool dilihat akan mendapatkan khidmat Sanchez sebahagian daripada perjanjian pertukaran dan pembelian pemain antara Luis Suarez dan Barcelona, namun, Sanchez dilihat tidak begituminat untuk menyarung jersi Liverpool berbanding Arsenal.

Selain Sanchez, Arsenal juga akan mendapatkan tandatangan Debuchy dalam masa terdekat untuk mengantikan Bacary Sagna yang telahpun ke Manchester City.
Recent Comments Widget