Thursday, July 10, 2014

Pesta Bola Merdeka DIBATALKAN....


Nampak gayanya, Pesta Bola Merdeka batal. terpaksa dibatalkan kerana FAM cakap berlaku pertindihan jadual perlawanan persahabatan antarabangsa bagi persediaan untuk menghadapi Piala AFF Suzuki. Ok lah. aku leh terima, yang Pesta Bola Merdeka terpaksa dibatalkan.

Poster Pesta Bola Merdeka tahun 1966
Sedih jugak la apabila Pesta Bola Merdeka ini terpaksa dibatalkan. Antara kejohanan yang paling lama semenjak merdeka lagi. Tapi, itu lah hakikatnya. terpaksa dibatalkan.

huhuhu

PETALING JAYA, 9 Julai (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa membatalkan Pesta Bola Merdeka pada tahun ini bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Muda menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, bermula 19 Sept ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata skuad bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee akan berlepas ke China pada awal September ini bagi menjalani latihan persiapan dan perlawanan persahabatan di sana sebelum ke Incheon.

"Pasukan perlawanan persahabatan akan diketahui dalam masa terdekat," katanya pada sidang media bagi memperkenalkan jurulatih baharu Harimau Malaya, Dollah Salleh, di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, Rabu.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata semua perlawanan Piala Malaysia yang bertindih dengan tarikh perlawanan persahabatan antarabangsa akan ditunda bagi membolehkan skuad Harimau Malaya memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF di Singapura dan Vietnam dari 22 Nov hingga 20 Dis ini.

Beliau berkata pihaknya telah membuat pengesahan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan pasukan Tajikistan pada 6 Ogos dan Jordan (11 Okt) manakala perlawanan persahabatan dengan pasukan Singapura dan New Zealand masih dalam peringkat perbincangan.

Hamidin berkata perlawanan persahabatan dengan Korea Selatan terpaksa dibatalkan apabila pasukan negara itu tidak dapat beraksi pada tarikh yang dicadangkan oleh FAM.

Ditanya mengenai status kontrak Dollah, Hamidin berkata FAM dan bekas majikan Dollah iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah mencapai persetujuan.

Dollah, selaku ketua jurulatih skuad Liga Perdana PDRM, mempunyai kontrak bersama PDRM sehingga 30 Nov ini.

"FAM memberi kelonggaran kepada Dollah untuk membimbing pasukan lamanya pada saingan Piala Malaysia yang bermula Ogos ini sebelum mereka menerima jurulatih baharu," katanya.

Penaung pasukan bola sepak PDRM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini meletakan dua syarat iaitu hanya akan melepaskan Dollah selepas mendapat jurulatih gantian dan ganti rugi.
Recent Comments Widget