Thursday, July 3, 2014

Fellaini bukan pemain United - Van Gaal


Loius van Gaal telah menunjukkan kuasa diktatornya kepada pengurusan Manchester United dengan menyuruh menjual Fellaini. Selain itu Van Gaal telah menyatakan kepada pengurusan United mengenai pemain yang dia mahukan dan pemain yang tidak di perlukan.

Fellaini yang di beli Moyes dengan kos £27 juta pada musim lepas gagal memberikan impak positif kepada pencapaian Man United dengan menyaksikan Moyes terpaksa menanggung akibatnya. Dengan kos pembelian yang besar, Man United di jangka sukar untuk menjualnya dengan harga di sekitar itu. Van Gaal telah mengarahkan pengurusan Man United menjual Fellaini sebelum bermulanya EPL. 

Fellaini kini sedang melalui saat-saat manis bersama Belgium dengan berjaya mara ke pusingan suku akhir. Fellaini akan menyertai sessi jelajah Man United di US pada 21 Julai ini namun peluang untuk memikat hati Van Gaal sangat tipis.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home