Wednesday, July 2, 2014

FIFA bersikap tidak adil dalam isu Robben dan Suarez


 

Isu Luis Suarez menggigit ketika menentang Italy dikatakan lebih dominan dan lebih serius pada pandangan FIFA berbanding isu 'diving' Robben ketika bertemu Mexico baru-baru ini.

Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dalam hal ni. FIFA dikatakan tidak akan memberi hukuman kepada Robben mengenai isu 'diving' ni. Tapi, dalam isu Suarez menggigit pulak dikatakan memberi impak negatif terhadap bola sepak dan dikatakan tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Lepas tu terus taruk 4 bulan tak boleh main bola. Itu suatu penyeksaan.

Kalau nak dibincangkan mengenai semangat kesukanan, isu 'diving' ni lagi serius.

Sebab apa isu 'diving' ini serius?


1- Menyebabkan sepakan penalti diberikan-

Semua peminat bola sepak tahu bahawa 'diving' dalam kotak penalti adalah perkara paling jelek yang pernah dilakukan oleh pemain bola sepak untuk menagih simpati pengadil bagi mendapatkan penalti. Kalau kat Malaysia, orang yang suka tagih penalti simpati ni dikategorikan sebagai TAK ADA T****.


2- Menyebabkan pasukan yang tersingkir/kalah berasa tidak adil-

Sepakan penalti mungkin adalah lumrah dalam sukan bola sepak, tetapi kalau asyik 'diving', lepas tu dapat pulak penalti (minit 90+ pulak tu), tak naya pasukan lawan tu. Main 90 minit macam nak tercabut kaki, minit 90++ pasukan lawan dapat penalti, terus menang. Rasa macam dirompak begitu saja. Geram ooo.


3- Hilang respek terhadap pemain-

Player bola sepak yang suka 'diving' ni majoritinya dibenci. Cuba tengok Ashley Young, sampai sekarang aku benci (hahaha) sebab 'diving' keterlaluan sangat. Masa Cristiano Ronaldo dalam zaman pembikinan, perangai diving dia ni sampai orang naik menyampah. Kalau anda betul-betul tengok gaya Arjen Robben punya game play, bila dia rasa dia face team yang kuat, sure dia akan penetrate sampai kotak penalti dan cuba trap defend untuk tackle. Lepas tackle apa lagi, DIVING la. Tu belum lagi Neymar, sampai orang gelar 'DIVEMAR'. Kah3


4-  No more "BEAUTIFUL GAME"-

Kalau asyik diving saja, memang tak best langsung la game. Team kelab/negara yang besar-besar memang akan buat something macam diving kalau situasi tak memihak pada mereka. Kalau anda peminat bola sepak, cuba tengok macam mana Costa Rica dengan Colombia main dalam Piala Dunia kali ni, terbaik gila kot. Huhu.

-bergkamp-

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home