Barcelona sedia tawar £72 juta TUNAI untuk Suarez
Satu pertemuan antara wakil kelab Barcelona dan Liverpool telah di adakan pada hari rabu mengenai pembelian Suarez.
Liverpool telah menyatakan bahawa di dalam kontrak yang baru di tandatangani Suarez terdapatnya klausa pembelian yang di tetapkan iaitu £80 juta.
Barcelona telah menawarkan pilihan iaitu beli dan tukar pemain yang mana jumlah keseluruhannya bernilai £80 juta. Pemain yang menjadi taruhan Barcelona ialah Alexis Sanchez. Namun, Sanchez menegaskan dia menolak untuk beraksi bersama Liverpool dan memilih Arsenal.
Dan dalam pertemuan di antara 2 wakil kelab ini, Barcelona akhirnya menawarkan untuk membayar secara tunai sebanyak £72 juta. Liverpool setakat ini masih belum mencapai persetujuan untuk memuktamadkan penjualan Suarez dan masih berbincang dengan Barcelona.
Labels: EPL
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home