Sunday, July 20, 2014

Antonio Conte meletak jawatan sebagai pengurus Juventus




Desas desus khabar yang mengatakan bahawa Antonio Conte telah meletak jawatan sebagai pengurus Juventus telah pun terjawab. Antonio Conte meletak jawatan meskipun telah menandatangani kontrak lanjutan selama 1 tahun.

Punca sebenar Antonio Conte meletak jawatan adalah disebabkan tekanan yang diberikan oleh Board Juventus berkenaan kos pembinaan stadium, key player Juventus, dan transfer budget. Antonio Conte membantah cadangan orang atasan Juventus untuk membenarkan key player mereka, Arturo Vidal untuk berhijrah sedangkan Arturo Vidal adalah pemain yang membawa Juventus muncul juara Serie A musim lalu.


Bukan itu saja, Juventus juga tidak menyediakan transfer budget untuk musim 2014-2015 kerana alasan untuk menampung kos pembinaan stadium baru untuk Juventus. Hal ini membuatkan Conte berasa marah dan membuat keputusan untuk meletak jawatan setelah memegang Juventus selama 3 musim.

Khabarnya, Massimiliano Allegri telah pun dipilih untuk menggantikan Antonio Conte di Juventus. Malah Roberto Mancini juga disenarai pendek sebagai calon untuk mentadbir Juventus.

-bergkamp-
Recent Comments Widget