Jurulatih Uruguay, Oscar Tavarez masih kurang pasti akan tahap kecergasan Luis Suarez selepas Suarez menjalani pembedahan tulang rawan lutut beliau beberapa minggu yang lalu. Tavarez juga tidak pasti akan menurunkan Suarez untuk perlawanan pembukaan menentang Costa RIca pada 14 June ini.
"Suarez kini menunjukkan respon yang baik ketika latihan dijalankan. Malah Suarez juga telahpun menjalai latihan penuh untuk mendapatkan kecergasan yang sepatutnya."
"Sungguhpun kita tidak meletakkan tarikh atau masa tertentu untuk Suarez sembuh sepenuhnya, jadi masih tidak dapat ditentukan sama ada Suarez dapat diturunkan untuk perlawanan pertama Uruguay nanti."
Uruguay akan menentang Costa Rica dan kemudian bertemu England dan akhir sekali Itali.
Suarez juga turut memberi harapan kepada peminat-peminat Twitter beliau yang lututnya semakin sembuh dan beliau juga dalam keadaan mentaliti yang baik.
"Saya ingin memberitahu yang lutut saya sekarang ini semakin sembuh, dan ia bergantung dari hari ke hari dan ia akan sembuh sepenuhnya seperti yang dijangkakan." kata Suarez dalam video 32 saat melalui akaun Twitter beliau @luis16suarez.