Monday, June 23, 2014

Koleksi pengkhianat-pengkhianat Arsenal kecuali...





Berikut adalah gambar pemain-pemain Arsenal yang telah berpindah ke kelab-kelab lain. Mari kita tengok rekod mereka di piala dunia ketika ini:

Emanuel Adebayor (Togo):
Togo tidak dapat ke Piala Dunia, jadi tak banyak komen yang boleh dikatakan terhadap Adebayor ni. Tapi perangai dia memang tak boleh blah, sehingga menimbulkan kemarahan penyokong Arsenal. Akibatnya, Adebayor merempat untuk mencari 1st team playing di kelab-kelab EPL. Apa pun tak boleh.

Alex Song (Cameroon):
Midfielder Cameroon ini menunjukkan permainan yang tidak matang. Menyiku Mario Mandzukic ketika Cameroon bertemu Croatia sehingga dilayang kan kad merah. Langsung tidak bersikap profesional. Jika takut dikasari dalam bola sepak baik duduk rumah ja. Hadoi...


Samir Nasri (France):
Disingkirkan Didier Deschamp untuk skuad France akibat sikapnya yang kurang profesional terhadap rakan sepasukan termasuk ketua jurulatih. Deschamp lebih memilih Mathieu Valbuena daripada Samir Nasri. Disebabkan tidak terpilih, girlfriend pula yang lebih-lebih. Sangat memalukan.

Robin Van Persie (Netherland):
Striker utama Belanda ini sememangnya menakjubkan. Gol pertama di piala dunia vs Spain adalah gol yang terbaik setakat ini. Walaupun digelar traitor sejati Arsenal tetapi RVP tak pernah flop dalam menjaringkan gol. Kaki kiri yang lethal itu adalah aset beliau. Mahu mengatasi RVP? Senang ja. Bagi injured, kompom 1 bulan tak main.

Cesc Fabregas (Spain):
Yang ni tak payah dok bincang la. Masuk Chelsea satu hal, Spain tak lepas grouping plak satu hal. Tu la, nak sangat gi Chelsea, kan dah kena bahan.

TAPI...



Dalam banyak-banyak player Arsenal, the MOST LOYAL adalah Tomas Rosicky. Sanggup stay dengan Arsenal di saat susah dan senang. Respect sama lu bro!!!

-bergkamp-

Recent Comments Widget