Wednesday, June 18, 2014

Gaji pengadil bola sepak RM 6413.31 setiap perlawanan..


Collina, lagenda pengadil dunia.

Aku nie saja jer nak bangkitkan isu gaji pengadil bola sepak. Sebenarnya aku tak berapa pasti berapa gaji pengadil bola sepak dekat Malaysia sekarang, tapi apa yang aku boleh pick up dekat media semasa, elaun pengadil untuk Liga Super hanya sekitar RM300 ke RM400 sahaja.

"Ketika ini elaun perlawanan diterima pengadil bertaraf amatur bagi satu perlawanan Liga Super sekitar RM300 hingga RM400, tidak termasuk elaun makan, pengangkutan dan hotel penginapan. "
sumber, My Metro.

Dan untuk pengetahuan semua, itu lah taraf bola sepak negara. Maksud aku, itulah nilai pengadil kita di Malaysia. Tapi korang nak tahu tak gaji pengadil bola sepak diperingkat eropah sebagai contoh, pengadil daripada liga EPL, mereka mendapat elaun atau gaji sebanyak RM 6413.31 bersamaan €1,170. Itu baru England. Kalau korang cek untuk Sepanyol pulak, €6,000. tukar duit Malaysia dah RM32,000 setiap perlawanan. Huhuhu

sumber di sini
Ini bukan aku cakap. Ini aku pick up dekat http://www.goal.com. Jadi, untuk peminat-peminat bola sepak tempatan, kalau korang tengok pengadil tue buat tahik atas padang, jangan la korang marah  dia. Dia dah la penat berkerja, pastu terpaksa travel jauh untuk mengadil perlawanan. Itu tak masuk lagi kalau dia sebelum perlawanan tue, kena marah dek bos nya kah, kena marah dek bini dia kah.. Kita mana tahu kan.

Apa yang aku nak simpulkan di sini, korang kat luar tue jangan harap la boleh mendapatkan mutu pengadilan yang memuaskan sekiranya kebajikan mereka tidak terjaga. Kalau korang tengok pengadil atas padang tue lain macam jer, elok lah bersangka baik.. Dia pun orang jugak. Tapi disebabkan tahap kecintaan mereka ini sangat tinggi dalam bola sepak , maka mereka pun menjadi pengadil.

Tapi korang tahu la kan, sebab musabab dan punca sebenar, bukan dari pengadil itu sendiri, tapi majikan mereka sebenarnya. Saper majikan mereka, pandai-pandai la korang cari yer...

hehehhee...

Kepada majikan tue, erk... maner nyer yang korang cakap nak buat perubahan tue, sampai sekarang pun macam samer jer...

hehehehe..

Krik...krik...krikk..krik...

-luis Garcia-

Recent Comments Widget