Lawak sebenarnya. Kalau aku cakap, rasa tak kena jugak, tapi aku cuma menyatakan pendirian aku sahaja mengenai pengadil bola sepak Malaysia nie. Sebenarnya ramai ja kawan aku yang jadi pengadil, tapi macam biasa la, amatur. Bila amatur, maknanya mereka punya pekerjaan tetap yang lain seperti cikgu, kerani bank, polis, bomba, peniaga runcit dan bermacam-macam lagi. AKu tak tahu la pulak kalau ada pengadil ini merupakan mata pencarian mereka hanya daripada segi pengadilan bola sepak semata-mata.
Aku lihat, kerjaya sebagai pengadil ini lebih kepada minat dan rasa sayang mereka terhadap bola sepak. Tapi apa yang mereka perolehi sebenarnya. Aku suka memetik kenyataan TMJ yang mana hajat beliau yang ingin memperkasakan industri pengadilan dalam arena bola sepak. Yang mungkin akan ke arah profesional.
Aku berpendapat jikalau pengadil dijadikan satu karier profesional, maka tiada isu-isu yang dibangkitkan tidak sepatutnya berlaku. Dan aku pasti, mutu pengadilan juga akan bertambah baik. Dan mungkin, pengadil-pengadil kita akan dijemput untuk mengadili perlawanan-perlawanan peringkat dunia seperti Piala Dunia.
Tapi sekarang, aku pun tak pasti di mana arah tujuan dan bentuk perubahan yang FAM laung-laungkan hari itu...
Huhuhuhu...
Pengadil kurang rehat punca silap
KUALA LUMPUR - Dalam kerancakan persaingan Liga Super yang semakin menghampiri kemuncak, isu kelemahan mutu pengadilan nampaknya tidak pernah reda diperkatakan oleh jurulatih atau para peminat pada saban minggu semenjak awal musim ini.
Difahamkan, satu faktor yang mungkin menjadi penyumbang kepada masalah ini adalah pengadil kurang mendapat rehat secukupnya sebelum mereka bertugas dalam sesuatu perlawanan.
Keadaan ini mungkin menjadi punca mereka sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.
Menurut salah seorang sumber yang enggan mendedahkan namanya, pengadil kini difahamkan tidak lagi perlu menghadiri mesyuarat bersama pengurus pasukan yang biasanya akan diadakan pada sebelah petang sebelum perlawanan.
Situasi itu menyebabkan kebanyakan pengadil boleh datang pada saat-saat akhir dan keadaan berkenaan boleh membuatkan sesetengah daripada mereka kepenatan setelah menempuh perjalanan jauh.
"Penting buat seseorang pengadil mendapat waktu rehat secukupnya dan berada di bandar tempat perlawanan akan diadakan enam atau tujuh jam sebelum sepak mula supaya mental dan fizikal mereka benar-benar berada di tahap terbaik.
"Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana pengadil juga seorang manusia biasa, mereka tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan jika aspek seperti ini tidak dititikberatkan," katanya.