Wednesday, June 11, 2014

FAM sasar 2014 layak Piala Dunia..

Begitulah ceritanya apabila kita kenang balik cerita lama.

Berita Harian & New Strait Time 30 Julai 1999, kira-kira 15 tahun yang lalu. Hasrat dan cita-cita yang telah diutarakan oleh Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah (kini Presiden FAM).

Kini, sudah menjadi sejarah. Malaysia masih lagi ditakuk lama. Dengan kedudukan terkini di kedudukan 153, kita masih tidak mampu untuk melangkah maju dalam industri bola sepak negara. Jangankan piala dunia menjadi sasaran, untuk mendakap piala Asia pun masih terkial-kial. Bukan hendak mengutuk, bukan hendak mencerca tapi untuk kita bermusahabah antara satu sama lain, kenapa kita masih sebegini dan masih tidak berubah.

Memang kami dari luar hanya bersuara dan sekadar mengharapkan yang terbaik. Malah kami menyokong usaha-usaha untuk memartabatkan sukan bola sepak kita. Malangnya, ia dilihat masih tidak mencukupi dan tidak memadai.

Kepada saf kepimpinan FAM yang baru, pastikan kami tidak kecewa lagi. Kami betul-betul mengharapkannya.

...

sumber gambar keratan akhbar di sini.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget