Monday, June 30, 2014

Kroos ke Real Madrid


Sebuah majalah Sepanyol menyatakan bahawa Kroos akan ke Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €25-30 juta. Menurut dari majalah ini, kedua-dua kelab telah pun bersetuju. Namun masih lagi tiada hitam putih di keluarkan

Labels:

Helena Costa - Jurulatih wanita yang latih pasukan Lelaki


49 hari. Itulah jangka masa bagi seorang jurulatih wanita melatih sebuah pasukan yang semuanya lelaki. Helena Costa, telah melatih pasukan Clermont Foot 63 sebuah pasukan bola sepak yang beraksi untuk Ligue 2, Perancis.

Namun, dia hanya bertahan selama 49 hari sahaja. Costa menyatakan bahawa dia di tikam di belakang oleh pemain dan pegawainya. Segala apa yang berlaku melibatkan perlawanan, latihan dan sebagainya di buat tanpa pengetahuannya.

Namun, selepas Costa meletakkan jawatan, Clermont Foot 63 telah melantik jurulatih baru iaitu Corinne Diacre yang juga seorang wanita. Diacre pernah beraksi untuk pasukan bola sepak wanita Perancis. 

Diacre bersetuju untuk mengemudi pasukan Clermont Foot 63 dan mengikat kontrak selama 2 tahun.

Tetapi, adakah beliau berjaya? Atau senasib dengan Costa?

Labels:

De Vrij sasaran baru Van Gaal


Selepas 2 pemain bersetuju bersama United, kini Van Gaal memburu pertahanan Belanda, Stefan de Vrij. De Vrij kini bersama Fayenoord. Bukan Manchester United sahaja berminat namun kelab-kelab Itali juga berminat untuk mendapatkan pemain ini. Tetapi Van Gaal sudah meyakinkan De Vrij untuk bersamanya di United musim hadapan kerana United memerlukan pertahanan yang kental. Selain De Vrij, beberapa pemain pasukan Belanda berada dalam radar Van Gaal. Dan mungkin United akan menukar nama Red Devil kepada Oranje Devil musim hadapan kerana kehadiran pemain Belanda.

Labels:

Pasukan Korea di sambut dengan sampah


Setibanya pasukan Korea ke negara mereka, peminat mereka telah membaling dengan gula-gula sebagai rasa tidak puas hati pencapaian pasukan mereka. Kasihan mereka. Penat-penat main, balik Korea kena hina pula.

Labels:

Anthony Watts gigit Angry Bird pemain lawan - lagi ganas dari Suarez


Anthony Watts, pemain ragbi Australia di jatuhkan hukuman dari bermain sebanyak 8 perlawanan ekoran tindakannya menggigit kemaluan pasukan lawan semasa pasukannya, Tugun Seahawks menetang Bilambil Jets.

Watts bagaimanapun menafikan dakwaan terhadapnya.



Walaupun Suarez juga menggigit lawannya, tetapi tidaklah serakus Watts....

Labels:

Michu ke Napoli


Michu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di kelab Napoli dalam masa 24 jam setelah bersetuju dengan perjanjian yang di tanda tanganinya.

Michu telah menyertai Swansea pada Julai 2012.

Labels:

Pasukan Greece minta pusat latihan


Setelah tersingkir dari Piala Dunia, pasukan Greece memilih untuk membina satu pusat latihan di negara mereka dan bukannya bonus Piala Dunia seperti yang di janjikan kepada mereka.

Satu surat kepada Perdana Menteri Greece, Antonis Samaras yang di tanda tangani oleh kesemua pemain telah di hantar dengan menyatakan hasrat ke semua pemain.


Labels:

James Rodríguez buat Man United menangis


James Rodríguez, penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 ini dengan 5 gol telah membuka mata banyak pihak dengan mengemudi Colombia ke pusingan suku akhir apabila menewaskan Uruguay, sebuah pasukan yang kuat dengan jaringan 2 - 0 yang di ciptanya sendiri.

Pada 2010, Machester United melakukan bidaan untuk mendapatkan Rodríguez dengan hanya £5juta sahaja. Pada masa yang sama juga, United telah membida Chicharito menerusi pencari bakat kelab di kawasan Amerika Selatan. Setelah United mendapatkan Chicharito, United mengumumkan untuk menandatangi Bebé dengan harga £7.4 juta.

Dan Rodríguez akhirnya di beli Porto dengan harga £4m dan telah membantu skuad Villas Boas memenangi Liga Domestik dan Piala Portugal selain memenangi UEFA Cup.

Bebé yang di lihat antara bintang yang gagal di United telah di akui oleh Ferguson yang tidak pernah melihatnya bermain namun membelinya dengan harga yang mahal.

Pada 2013, United sekali lagi melakukan bidaan untuk mendapatkan Rodríguez, tetapi harganya telah melambung tinggi dan Monaco berjaya mendapatkanya dengan harga £60 juta berserta rakan sepasukannya João Moutinho

Labels:

Perlawanan Cameroon vs Croatia telah di atur?


Menurut Spiegel Online Sport, perlawanan antara Cameroon menentang Croatia di percayai telah di atur. Wilson Raj Perumal, pengatur perlawanan berpengaruh dan pernah di hadapkan di mahkamah sebelum ini telah menulis di Facebooknya sebelum perlawanan bahawa perlawanan akan menyaksikan Cameroon tewas 0 - 4 dan satu gol di jaringkan pada separuh masa pertama. Selain itu salah seorang pemain akan di kenakan kad merah dan ianya ternyata benar apabila Alex Song di kenakan kad merah.

Namun FIFA menafikan perkara ini dan tiada bukti sejauh mana kebenaran dakwaan Wilson Raj Perumal ini. 

Perumal yang berasal dari Singapura pernah dikenakan hukuman di Singapura kerana mengatur perlawanan  Asiagate in 2007–2009 dan juga Liga Finland dari 2008-2011. Selain itu dia juga pernah mengatur perlawanan FA Cup antara Liverpool dan Chelsea namun kedua-dua pemain dari Liverpool dan Chelsea menolak tawarannya. Pada Februari 2011, Perumal ditahan di Finland dan dikenakan tahanan selama 2 tahun.

Labels:

£40 juta untuk Suarez dan syarat tambahan "Jangan Gigit"


Barcelona sedia menawarkan £40 juta untuk Suarez dan syarat tambahan supaya Suarez berkelakuan baik di dalam dan luar padang. Barcelona juga menawarkan gaji sebanyak £160,000 seminggu jika Suarez bersetuju.

Tetapi Liverpool telah meletakkan harga sebanyak £80 juta untuk Suarez. Barcelona bagaimanapun hanya akan membayar sebanyak £50 juta sahaja dan menawarkan Alexis Sanchez yang di anggarkan bernilai £30 juta.

Labels:

Robben akui sengaja jatuh di kotak penalti



Robben mengakui dia sengaja menjatuhkan diri di kotak penalti demi mendapatkan mata kemenangan Belanda tetapi bukan pada minit ke-92.



Robben sebelumnya telah 2 kali di jatuhkan di kotak penalti tetapi  pengadil perlawanan, Pedro Proenca menafikannya.


Insiden pertama Robben yang di jatuhkan pada minit tambahan separuh masa pertama namun tidak di layan pengadil perlawanan.

Dalam satu temubual, Robben mengakui dia sengaja berlakon untuk mendapatkan penalti tetapi pada minit ke-92 dia dijatuhkan dan bukannya lakonan. Robben juga meminta maaf kerana sikapnya yang tidak professional.


Labels:

Untuk pertama kalinya "Cooling Break" digunakan..

Cooling Break digunakan dalam perlawanan Piala Dunia 2014. Cooling Break ini digunakan bertujuan untuk mengejukkan badan selain memberi pemain-pemain masa untuk minum atau  menghidratkan tubuh badan masing-masing kesan daripada kepanasan.
FIFA dalam kenyataan rasminya menegaskan bahawa, Cooling Break akan digunakan apabila suhu padang mencecah 89.5 Farenheit atau 32 Celsius. Dan 3 minit akan diperuntukkan untuk memastikan pemain dan pengadil  akan menganbil masa berehat sambil menghidratkan tubuh badan dengan ari bagi mengelak perkara yang tidak dingini daripada berlaku.
Pada perlawanan antara Belanda dan Mexico, Cooling Break telah pun digunapakai seraca rasminya pada minit ke 30 dan pada minit 75 perlawanan.

Labels:

Jurulatih Algeria bengang dengan soalan provokasi Ramadan oleh wartawan.

Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic bengang dengan tindakan wartawan dan jurumedia yang bertanyakan kedudukkan pemain yang berpuasa untuk menghadapi Jerman nanti. Vahid berpendapat itu merupakan satu kenyataan yang tidak menghormati pemain-pemain Algeria.

"Ini bukan kali pertama saya mengendalikan pemain Muslim malah saya juga seorang Muslim. Saya sentiasa memberi kebebasan kepada pemain-pemain saya dalam perihal peribadi. Dan sekiranya soalan-soalan sebegini (mengenai berpuasa dan Ramadan), ini menandakan anda tiada perasaan hormat kepada individu lain." kata Vahid Halilhodzic yang merupakan jurulatih berkelahiran Bosnia.


"Pemain-pemain saya bebas melakukan apa sahaja yang melibatkan peribadi mereka. Saya tidak akan menghalang. Dan dalam sesi sidang media ini, anda masih lagi ingin bertanyakan perkara mengenai puasa dan Ramadan, saya akan bangun dan tinggalkan sidang media ini.


Sidang media tersebut berlangsung semperna perlawanan Algeria menentang Jerman hari ini.

Labels:

[Video Highlight] Costa Rica 1 - 1 Greece (penalty 5-3 )

Brian Ruiz



Oscar Duarte has been sent off

Sokratis


Penalty

Labels:

[Video Highlight] Netherland 2 - 1 Mexico

Dos Santos goal


Herrera celebration


Ochoa fantastic save




Sneijder goal


Rafael Márquez fouls Arjen Robben


Huntelaar goal

Labels:

Sunday, June 29, 2014

[Video Highlight] Brazil 1 - 1 Chile [3-2 pen]

Chile hampir memalukan pasukan tuan rumah apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1. Namun penentuan sepakan penalti tidak menyebelahi Chile di sebabkan kecekapan Julio Cesar menepis 3 sepakan.

Luiz


Sanchez


Hulk disallowed goal




Penalty

Labels:

[Video Highlight] Colombia 2 - 0 Uruguay

Ketiadaan Suarez meranapkan harapan Uruguay apabila di belasah Colombia dengan James Rodríguez menjaringkan 2 gol.



Saturday, June 28, 2014

Biodata Dollah Salleh


Dilahirkan di Melaka pada 10 Oktober 1963. Memulakan karier awal dengan skuad Johor yang merupakan antara team yang hebat ketika itu. Bermain di posisi penyerang. Kelincahannya sebagai penyerang membuatkan dirinya menjadi perhatian banyak team ketike itu. Pada 1987, die berhijrah ke Selangor dan berganding bersama Zainal Abidin Hassan.



Selepas era James wong dan Hassan Sani yang dikenali sebagai twin striker, mereka mengambil alih gelaran tersebut pade era 198o'an. Bersame Selangor, Dollah Salleh telah memenangi banyak kejuaraan liga dan piala. Pade era ini juge, die telah menyertai skuad kebangsaan. Skuad Kebangsaan di era Dollah Salleh boleh dikatekan masih berbisa dan disegani peringkat Asia.

Pada 1991, die berhijrah ke Pahang. Sinar gemilangnya sebagai penyerang sekali lagi teserlah dengan memenagi banyak kejuaraan pada era 1990'an. Pada ketike itu, Pahang merupakan saingan kuat kepada team lain dalam liga dan Piala Malaysia. Pada 1997, die kembali ke kampung halaman dengan menyertai melaka selama satu musim dan bersara di Negeri Sembilan pada 1998.

Karier dalam bolasepak di teruskan sebagai Coach, Karisma sebagai seorang Coach teserlah apabila berjaya membawa kelab pertama yang memenangi Piala Malaysia pade 2003. Kelab tersebut ialah Selangor MPPJ. Pernah melatih Selangor pade 2005, berpindah ke Kelab Shahzan Muda pada 2009 dan menjadi Jurulatih Pahang pada pertengahan 2009 menggantikan Tajuddin Nor. Bersama Pahang, Dollah berjaya menaikkan nama Pahang sehingga mendapat kedudukan ke-2 dalam Liga Premier pada 2012 dan menjulang Piala Malaysia pada 2013. Dan 2014 membimbing PDRM menjadi juara Liga Premier.



Pasukan Kebangsaan

1989- Pingat Emas Sukan SEA
1993-Juara Pesta Bolasepak Merdeka

Johor

1985-Juara Piala Malaysia
1986-Piala Sumbangsih

Selangor

1989,1990-Liga Malaysia
1987,1990-Piala Sumbangsih

Pahang

1992-Juara Liga Premier
1992-Juara Piala Malaysia
1992,1993-Juara Piala Sumbangsih
1995-Liga Malaysia

Sebagai Coach :-

Selangor MPPJ

2003-Juara Piala Malaysia
2003-Juara Liga Premier
2004-Juara Piala Sumbangsih

Selangor

2005-Juara Piala Malaysia
2005-Juara Liga Premeir
2005-Juara Piala FA

Pahang
2012-Ke-2 Liga Premier
2013-Juara Piala Malaysia

PDRM
2014-Juara Liga Premier

Labels:

Dollah pengurus baru Harimau Malaya


Dollah Salleh bukanlah nama yang asing bagi peminat bola sepak di Malaysia. Baik sebagai pemain mahupun sebagai pengurus pasukan. Sentuhannya sentiasa menjadi. Dan setelah sekian lama peminat bola sepak Malaysia menantikan permainan FAM untuk melantik jurulatih baru, akhirnya FAM memutuskan untuk melantik tenaga tempatan sebagai pengurus pasukan. Memang bagus keputusan FAM. Dari habis berpuluh ribu kepada orang luar, baik bagi anak sendiri.



Namun, perlantikan Dollah Salleh bukanlah jaminan untuk ke Piala Dunia 2014...opsss...barang lama jangan di kenang...hehehee... Perlantikan Dollah Salleh bukanlah jaminan kebangkitan skuad Harimau Malaya. Tanpa sokongan dari banyak pihak, Dollah pasti sukar untuk merealisasikan objektif FAM. Dan FAM juga perlu usaha lebih keras memastikan benih baru bola sepak bercambah dan menjadikan pembangunan bola sepak sebagai objektif utama.

Labels:

Galatasary mengintai Moyes


Setelah Galatasary menyingkirkan Roberto Mancini awal bulan lalu, kelab itu sedang berbincang dengan Moyes untuk menjadi pengurus kelab itu.

Mancini yang sebelum ini membimbing Galatasary menduduki tempat ke-2 dalam Liga Turki dan juga memenangi Piala Turki. Namun di lucutkan jawatan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Pengurusan Galatasary telah mengadakan mesyuarat dengan presiden kelab, Unal Aysal, namun Aysal menyasarkan untuk mendapatkan Jurgen Klinsman ataupun Joachim Leow. Tetapi untuk mendapatkan Klinsman dan Leow agak mustahil dan Galatasary bersedia mengikat kontrak bersama Moyes dengan perjanjian di anggarkan £4 juta setahun.

Labels:

Suarez pulang ke rumahnya di Uruguay


Setelah FIFA memutuskan untuk merehatkan Suarez dari terus menggigit mangsa seterusnya, Suarez kini telah pun pulang ke rumahnya di Uruguay.


Melihatkan puluhan peminatnya berkumpul di luar rumahnya, Suarez segera melambaikan tangan dan keluar ke anjung rumahnya bersama anaknya.


Peminat Suarez memberikan sokongan moral kepada bintang mereka walaupun Suarez pulang awal dari rakan sepasukannyya yang lain


Labels:

Pertandingan blogku terbaik bersama teaoais

Jom join (Klik)

Satu segman yang thorbaek dari Teh O Ais satu bang!!!!...eh eh..bukan. Teaoais.com. Stylo Sport join bukan sebab nak menang sangatlah. TATAPI, demi menyahut cabaran dari Tea O Ais untuk memeriah careykan dunia blog Malaysia ini.

Tak di nafikan hadiahnya memang Thorbaek. Mane taknya. Nombol 1 dapat RM500. Nombol 2 dapat RM300. Nombol 3 plak dapat RM100. Rugi kalau blogger lain tak join. Kalau tak menang pun tak apa. Bak kata pepatah Ecuador, "Untung batu timbul". 

La ni kita lihat apa lagi kriteria untuk join. Ok, depa minta CERITAKAN KENAPA BLOG ANDA TERBAIK BERBANDING BLOG LAIN. Ni la payah ni. Macam 'Lift yourself inside basket'. Omputeh sangat peribahasa aku ni. Hahahaaa....

  1. Stylo Sport adalah portal sukan yang sentiasa update cerita mengenai dunia sukan terutamanya bola sepak. Lagi-lagi sempena World Cup ni, Stylo Sport sentiasa update result, jadual dan yang paling best ada gambar bergerak. Baru stylo beb..... Itulah trademark Stylo Sport. Gambar bergerak.
  2. Layout yang friendly dan tidak mengusutkan kepala pembaca. Nama pun blog sukan, so, kami memang memilih latar belakang, kiri, kanan, atas dan bawah semua sukan. Siap ada kedudukan liga bola lagi. Tapi kan hanya ada World Cup, so, kami letak Kedudukan Liga World Cup Sahaja. Bila da start EPL, La Liga dan tak lupa juga Liga Super, kami akan update lagi.
  3. Bahasa penyampaian yang sempoi o-la-la. 
  4. Kami juga mempunyai pendirian kami sendiri berkenaan sesuatu isu sukan setempat sama ada melibatkan badan-badan sukan seperti FAM, BAM, kalau kami tak setuju, dengan selamber kami akan membentangkan hujah-hujah kami berdasarkan ketidak setujuan kami
  5. Kami menyokong usaha-usaha memertabatkan industri sukan, namun jika ada orang berkepentingan menggunakan platform sukan sebagai wadah lubuk duit, dan kami dapat maklumat, insyaAllah, akan kami kongsikan dalam blog kami.
  6. Moto kami, Drama Dari Padang. Drama apa? semua jenis Drama kita buleh tengok, apa yang pasti, drama-drama ini akan kami tontonkan untuk pembaca Stylo Sport dan pembaca akan nilai sendiri drama-drama tersebut sama ada baik atau memalukan.
  7. Yang pasti, industri sukan akan sentiasa kami pantau dan kami masih lagi belajar. Jikalau ada salah dan silap, sila tegur kami. Dan baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri....

Adam Lallana bersiar-siar di Liverpool

Adam Lallana kini telah selesai menjalani ujian kesihatan dan beliau dilihat tidak menghadapi masalah kesihatan. Kemudian Lallana dilihat bersiar-siar di Mellwood, Liverpool.


Adam Lallana juga sempat bertemu dengan Gerrard serta Lambert di Mellwood.