Saturday, June 28, 2014

Galatasary mengintai Moyes


Setelah Galatasary menyingkirkan Roberto Mancini awal bulan lalu, kelab itu sedang berbincang dengan Moyes untuk menjadi pengurus kelab itu.

Mancini yang sebelum ini membimbing Galatasary menduduki tempat ke-2 dalam Liga Turki dan juga memenangi Piala Turki. Namun di lucutkan jawatan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Pengurusan Galatasary telah mengadakan mesyuarat dengan presiden kelab, Unal Aysal, namun Aysal menyasarkan untuk mendapatkan Jurgen Klinsman ataupun Joachim Leow. Tetapi untuk mendapatkan Klinsman dan Leow agak mustahil dan Galatasary bersedia mengikat kontrak bersama Moyes dengan perjanjian di anggarkan £4 juta setahun.
Recent Comments Widget