Saturday, June 28, 2014

Biodata Dollah Salleh


Dilahirkan di Melaka pada 10 Oktober 1963. Memulakan karier awal dengan skuad Johor yang merupakan antara team yang hebat ketika itu. Bermain di posisi penyerang. Kelincahannya sebagai penyerang membuatkan dirinya menjadi perhatian banyak team ketike itu. Pada 1987, die berhijrah ke Selangor dan berganding bersama Zainal Abidin Hassan.



Selepas era James wong dan Hassan Sani yang dikenali sebagai twin striker, mereka mengambil alih gelaran tersebut pade era 198o'an. Bersame Selangor, Dollah Salleh telah memenangi banyak kejuaraan liga dan piala. Pade era ini juge, die telah menyertai skuad kebangsaan. Skuad Kebangsaan di era Dollah Salleh boleh dikatekan masih berbisa dan disegani peringkat Asia.

Pada 1991, die berhijrah ke Pahang. Sinar gemilangnya sebagai penyerang sekali lagi teserlah dengan memenagi banyak kejuaraan pada era 1990'an. Pada ketike itu, Pahang merupakan saingan kuat kepada team lain dalam liga dan Piala Malaysia. Pada 1997, die kembali ke kampung halaman dengan menyertai melaka selama satu musim dan bersara di Negeri Sembilan pada 1998.

Karier dalam bolasepak di teruskan sebagai Coach, Karisma sebagai seorang Coach teserlah apabila berjaya membawa kelab pertama yang memenangi Piala Malaysia pade 2003. Kelab tersebut ialah Selangor MPPJ. Pernah melatih Selangor pade 2005, berpindah ke Kelab Shahzan Muda pada 2009 dan menjadi Jurulatih Pahang pada pertengahan 2009 menggantikan Tajuddin Nor. Bersama Pahang, Dollah berjaya menaikkan nama Pahang sehingga mendapat kedudukan ke-2 dalam Liga Premier pada 2012 dan menjulang Piala Malaysia pada 2013. Dan 2014 membimbing PDRM menjadi juara Liga Premier.



Pasukan Kebangsaan

1989- Pingat Emas Sukan SEA
1993-Juara Pesta Bolasepak Merdeka

Johor

1985-Juara Piala Malaysia
1986-Piala Sumbangsih

Selangor

1989,1990-Liga Malaysia
1987,1990-Piala Sumbangsih

Pahang

1992-Juara Liga Premier
1992-Juara Piala Malaysia
1992,1993-Juara Piala Sumbangsih
1995-Liga Malaysia

Sebagai Coach :-

Selangor MPPJ

2003-Juara Piala Malaysia
2003-Juara Liga Premier
2004-Juara Piala Sumbangsih

Selangor

2005-Juara Piala Malaysia
2005-Juara Liga Premeir
2005-Juara Piala FA

Pahang
2012-Ke-2 Liga Premier
2013-Juara Piala Malaysia

PDRM
2014-Juara Liga Premier
Recent Comments Widget