Friday, May 2, 2014

Paulo Rangel boleh bermain untuk Harimau Malaya..


Apa masalah? Tak der masalah kan. Aku ok jer. Nak harap Safee Sali, penalti pun ke laut. Macam aku cakap hari tue la. Jati diri kita tinggi sangat, tapi tak kena tempat. Betul kita kalau boleh nak pemain Malaysia sendiri mewakili Malaysia. Tapi kalau aku tengok trend bola sepak Malaysia nie, tah bila la aku nak tunggu Malaysia main World Cup.

Huhuhuhu..

Ari nie keluar statement daripada FAM yang mengatakan Rangel boleh melupaka hasrat untuk menyertai pasukan Harimau Malaya.
 "Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hendak membawa masuk pemain naturalisasi juga bukan mudah kerana proses menukar kerakyatan seseorang pemain luar negara memakan masa yang sangat panjang" - Utusan Malaysia
Ok. Faham. So apa isunya disini? "Masa yang sangat panjang"?? Itu ja kan? Panjang tue berapa tahun? 5 tahun? 10 tahun? 15 tahun? 

Korang tengok pulak regulation FIFA nie yang aku print screen.
Berapa tahun? 2 tahun jer kan. Ini regulation FIFA.  Korang boleh check dekat sini. Mungkin aku punya penafsiran itu tak berapa tepat. Kalau tak tepat, tolong betulkan yer.. Aku bagi link regulation itu kat korang untuk kita fahami bersama-sama. Semak dokumen itu di sini.

So, bagi aku ini semua mainan politik sahaja kalau tak mahu. Biasa la kan. Kalau dah tak mahu tue, macam-macam la alasan yang nak bagi. Kalau nak sesuatu perkara, yang tak betul pun boleh jadi betul. Only in Malaysia bebeh...

Aku dan krew Stylo Sport menyokong penuh naturalisasi Paulo Rangel untuk bermain dengan Harimau Malaya. Memang ada pro dan contra mengenai perkara ini, tapi bagi aku apa kesannya kepada pemain tempatan? Aku lihat persaingan akan lebih kompetatif dan lebih berkesan. Pemain-pemain tempatan pasti tidak mahu ada pemain luar menggantikan tempat mereka, dan ini akan mendorong mereka berkerja lebih keras. Kan baik kalau begitu. Yang dapat kebaikkan adalah pasukan Harimau Malaya itu sendiri.

Jadi, FAM, jangan beralasan sangat. Korang tue ramai jer orang yang hebat-hebat dari bawah sampai atas sekali. Tak kan kalau melibatkan kemajuan bola seak Malaysia ini korang tak mahu pulak?

Tepuk dada, ubah selera. Jangan dok dengan selera yang sama saja selama 30 tahun. 

Hahahahhaa

-luis Garcia-

Labels:

6 Comments:

At May 2, 2014 at 3:06 PM , Blogger pkrcabangtambun said...

Rexy Mainaki (jurulatih badminton) sekejap je diorang luluskan kerakyatannya.

 
At May 2, 2014 at 3:11 PM , Anonymous Admin Luis Garcia said...

Betul la.. tak teringat pulak pasal Rexy Mainaki tue kan... Thanks bro for the info..

 
At May 2, 2014 at 3:17 PM , Anonymous Mr E said...

kita patut contohi negara lain. apa salahnya untuk kebaikan bola sepak negara sendiri. contoh yang terlatest adnan januzaj. England cuba nak jadikan pemain england sbb nampak bakat dia. jepun pun ada pemain brazil. singapore apatah lagi

 
At May 2, 2014 at 3:22 PM , Anonymous Admin Luis Garcia said...

Sebab tue saya cakap tadi, tepuk dada, ubah selera. Dah 30 tahun dah tampuk pimpinan yang sama. Daya fikiran dan tak boleh bersaing dengan idea-idea orang-orang muda. Bila orang muda bagi cadangan, banyak pulak songehnya.

 
At May 3, 2014 at 5:45 PM , Anonymous saad kun said...

Dah dasar FAM Bangsat!!

 
At May 6, 2014 at 3:02 PM , Anonymous Admin Luis Garcia said...

Rilek Bro Saad Kun... bukan suma dlm FAM tue ada masalah, tapi selagi hala tuju FAM tak berubah, maka selagi itu FAM masih sama.. Kita doakan agak 25 Mei nie berlaku perubahan dalam FAM...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home