Thursday, May 1, 2014

Haters-haters Chelsea sila baca ni.


View image on Twitter

Chelsea ditunjukkan jalan keluar oleh Atletico Madrid apabila menang 1-3 di Stamford Bridge. Tapi, admin dengar banyak perkara tak baik. Admin dengar ja haters-haters Chelsea ni bising. Cakap Chelsea main bola parking bus la, main tak ada t**** la, apa la semua ada. Siap cakap 'padan muka kalah' lagi. Ni admin nak tanya, yang dok cakap Chelsea macam-macam ni tengok ke game Chelsea vs Atletico Madrid ni?

Admin bukan nak bela Chelsea, admin cuma sekadar memberi pendapat sebab yang dok komen pasal Chelsea main parking bus ni macam tak tally dengan yang admin tengok dalam game ni. Dan statistic permainan juga tak menunjukkan yang Chelsea bermain secara bertahan selama 90 minit.

Chelsea
Shots: 17

On target: 10
Possession: 52%
Corners: 4
Fouls: 12

Atletico

Shots: 14
On target: 10
Possession: 48%
Corners: 9
Fouls: 18


Sila tengok wahai haters-haters Chelsea sekalian. Tengok ball possession dengan shots Chelsea, langsung tak menunjukkan Chelsea bermain dengan mentaliti bertahan. Apa-apa pun, yang kalah tetap kalah, yang menang diucapkan tahniah. Admin memang dah agak Atletico akan ke final. Hehe.
Untuk itu admin nak buat analisis sikit pasal game ni sebab kita akan tengok sebab apa Chelsea boleh concede (melepaskan) gol sampai 3 bijik sedangkan Chelsea sangat expert dalam bertahan. Jom kita TERJAH!
Game kali ni dengan John Terry dan Eden Hazard kembali ke kesebelasan utama, serangan dan pertahanan Chelsea dianggap kembali menyerlah. Gandingan Gary Cahill dan John Terry di bahagian pertahanan dianggap sangat kuat manakala Eden Hazard kembali menguatkan serangan Chelsea sebagai no 10 dalam pasukan.
Atletico Madrid pula tempang dengan ketiadaan kapten mereka, Gabi yang tidak dapat diturunkan (suspended) dan Diego Simeone melakukan kejutan apabila meletakkan Adrian Lopez sebagai Second Striker menggantikan Raul Garcia. Arda Turan akan bermula untuk 1st XI, dan Diego Costa akan mengemudi jentera serangan Atletico Madrid.
Bagi admin game ni flow lebih ke arah Atletico Madrid, itu pun selepas Adrian Lopez menyamakan kedudukan 1-1. Disebabkan gol penyamaan ini, Chelsea mula rasa terancam kerana away gol rule. Sebab tu Chelsea tak bermain defensive secara total, tapi lebih kepada attacking minded.
Selepas gol penyamaan Adrian Lopez, Mourinho terus membatalkan niatnya untuk bertahan, dan menyeru player untuk buat serangan demi serangan. Itulah kesilapan Mourinho. Disebabkan itu, gameplay jadi lebih open, dan Atletico Madrid dapat bermain seperti yang meraka mahukan dan memaksa Chelsea melakukan kesilapan.
Mourinho mula mengambil pendekatan untuk menyerang dengan mengeluarkan Ashley Cole dan memasukkan Eto'o sebagai Second Striker. Tengok-tengok Chelsea concede gol ada la, siap 2 biji lagi. Kesilapan demi kesilapan Mourinho telah tunjukkan dalam game ini.
Ada peminat bola sepak mula menyamakan game vs Atletico ni sama dengan game vs Liverpool. Langsung tak sama sebenarnya. Ketika bertemu Liverpool, Chelsea dah setup dari mula lagi mahu bermain secara bertahan dan Mourinho sudah menetapkan disiplin bertahan ketika itu. Lain pula cerita ketika vs Atletico. Disebabkan Chelsea dah concede 1 gol, disiplin bertahan Chelsea mula goyah dan lebih kepada attacking minded.
Ya, Chelsea hilang tumpuan setelah gol penyamaan, dan disitulah turning point untuk Atletico Madrid. 
Atletico Madrid, Welcome to LISBON!!!!!!!!!


Recent Comments Widget