Friday, April 11, 2014

Saya sedia dicabar - Sultan Ahmad Shah


Dan akhirnya Sultan Ahmad bersuara sekaligus menjawab teka-teki yang agak hingar bingar kedengaran. Aku redha ja dengan keputusan President FAM nie. Dan aku tak kisah kalau baginda dilihat hendak mempertahankan kedudukannya dalam FAM.

Apa yang penting sekarang, jangan pula tiada pula pencabar untuk jawatan presiden FAM.

huuhuh...
 Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMI
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah memberikan pe­tanda yang baginda bersedia mempertahankan ja­watan yang di­sandangnya sejak 30 tahun lalu.
Di samping itu, baginda secara jujur mengakui sedia di­cabar oleh mana-mana individu da­lam pemilihan sem­pena Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei ini bagi merebut jawatan nombor satu di FAM itu kerana ber­anggapan sesiapa pun bebas untuk berbuat demikian.
Namun, Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak agar bersabar hingga 19 April ini untuk menge­tahui pendiriannya sama ada akan mempertahankan jawatan presiden untuk penggal 2014-2018.
Pada tarikh itu, baginda dijangka mengumumkan keputusannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM.
"Ramai pihak bertanyakan sama ada saya pertahankan atau tidak (jawatan presiden), sabar...tunggu sahaja pada 19 April ini iaitu pada mesyuarat Exco (menyatakan pendirian).
"Saya tidak akan terburu-buru un­tuk menyatakan perkara ini dan apa yang hendak dibincangkan, saya tidak boleh maklumkan lagi namun saya masih lagi seorang presiden," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis penye­rahan sumbangan kereta Proton oleh DRB-Hicom Berhad kepada FAM di Istana Pahang, di sini semalam.
Dalam majlis berkenaan, DRB-Hicom menyerahkan dua buah Proton Perdana, sebuah Proton Preve dan sebuah Proton Perdana kepada FAM DRB-Hicom turut menyumbangkan sebuah bas Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah.
DRB-Hicom diwakili Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil. Turut hadir ialah Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.
Mengetahui terdapat dua calon lain yang turut mendapat sokong­an ahli gabungan FAM iaitu anak­andanya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Timbalan Presiden FAM, dan Presi­den Persa­tuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baginda sama sekali tidak menghalang sekiranya ada mana-mana pihak ingin mencabarnya.
"Perkara normal kalau saya dicabar, dalam dunia ini kita kena bersaing dan perkara ini tidak terkecuali kepada diri saya.
"Saya juga manusia biasa seper­ti anda semua dan mengabdikan diri kepada Allah SWT, ini adalah se­buah negara bebas dan saya tidak halang sesiapa untuk menentang saya.
"Dalam media pun banyak arti­kel mengenai saya, ada yang baik dan ada yang tidak namun itu adalah tipikal bagi mana-mana media untuk bersikap kritikal kepada FAM," kata baginda.
Dalam perkembangan lain, ba­gin­da memaklumkan kompleks pen­tadbiran baharu FAM di Putrajaya akan disiapkan sepenuhnya dalam masa kurang dua tahun lagi.
Menurut baginda, kompleks itu turut menempatkan beberapa pusat latihan bola sepak bertaraf dunia, selain bangunan pentadbiran.
"Diharapkan apa yang dibuat oleh FAM ini akan menggembirakan semua pihak walaupun hakikatnya ada orang yang bersikap kritikal kepada kami namun itu lumrah, tiada sesiapa yang sempurna," katanya.
-luis Garcia-
Recent Comments Widget