Thursday, April 10, 2014

Cristiano Ronaldo, pengurus baru Real Madrid...

Beginilah aksi Ronaldo sebagai pengurus baru Real Madrid semasa perlawanan Real bertemu Dortmund. Sebenarnya Carlo Ancelotti masih lagi menjadi pengurus kepada Real Madrid, tapi reaksi-reaksi Ronaldo macam lebih kuah dari nasi.

Heheheh..

Walaubagaimanapun, perlawanan antara Dortmund dan Real berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Dortmund, tapi secara agreget, Real mara ke perlawanan separuh akhir. Aku ada tegok perlawanan itu semalam sambil-sambil menidurkan anak aku. Game macam slow jer, tapi skillfull and tactical. Permainan satu dua yang menarik terutamanya daripada pemain Jugen Klop.

Mungkin disebabkan aksi-aksi perlawanan sebegini yang membuatkan Ronaldo tertekan lalu bertindak macam pengurus la pulak..











Senyuman lega kerana Real mara ke separuh akhir. Memang Ronaldo kelihatan tak senang duduk kerana beliau tidak dapat diturunkan pada perlawanan tersebut. Mungkin disebab kecederaan yang dihadapi. Walaupun Ronaldo masih disenaraikan dalam barisan simpanan, namun Ancelotti tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan Ronaldo dalam perlawanan tersebut.

Lawan Real Madrid di separuh akhir masih lagi ditentukan sebab nanti pada 16 April, cabutan akan dilakukan. Harap Real Madrid bertemu Atletico Madrid diseparuh akhir. Mesti gempak punya. Sebab apa?

  • Pertama, separuh akhir Champion League, 
  • Kedua Derby, 
  • Ketiga sebab masing-masing dalam momentum untuk kejuaraan La Liga, 
  • Keempat masing-masing kelab Sepanyol 
  • Dan akhir sekali, entah, aku dh tak ada idea.
hahahahah....

-luis Garcia-
Recent Comments Widget