Wednesday, April 2, 2014

Ringkasan game Manchester United vs Bayern Munich

Quarter Final 1st Leg antara Manchester United dan Bayern Munich berkesudahan 1-1. Manchester United dapat mengelak dari kalah di Old Trafford. Admin rasa Manchester United dah buat yang terbaik dah ni. Tahniah untuk United. Hehe.

Bagi admin, game ni tak berapa nak best sebab finishing kedua-dua team masing-masing ke laut. Attacking treat nampak dari kedua-dua pasukan tapi finishing tak ada. Manchester United pun sama Bayern pun sama.

Namun, jaringan Nemanja Vidic pada minit ke 58 mengejutkan Bayern buat seketika. Rasanya Vidic sendiri pun tak sangka back header dia masuk. memang luck gila la. Hehe.



Malangnya, defisit jaringan Vidic dipadamkan oleh Bastian Schweinsteiger apabila menerima header dari Mario Mandzukic pada minit ke-67. Rembatan Bastian ternyata melegakan Pep Guardiola sebentar. 



Highlight pada game ini tertumpu pada Bastian Schweinsteiger apabila beliau menerima kad kuning kedua seterusnya dilayangkan kad merah setelah didapati akibat terjahannya ke atas Wayne Rooney. Schweinsteiger menegaskan bahawa Rooney telah 'dive' dan kad kuning kedua itu tak patut dilayangkan. 

Wayne Rooney Manchester United Bastian Schweinsteiger Bayern Munich
adakah Rooney dive?
             Bastian: Hang dive betul tak?
             Rooney: Jangan buat pasai, hang yang teruk

Twitter Reacts to Bastian Schweinsteiger's Performance vs. Manchester United
Kena getah aku hari ni.

Pengajaran: bila nak lawan Manchester United jangan gelak sangat. Kan dah kena. Hihihi

-bergkamp-
Recent Comments Widget