Tuesday, April 1, 2014

Perlawanan terakhir Champions League di Old Trafford malam ini..

Soalan pertama yang tiba-tiba terpacul dalam hati aku, adakah malam ini perlawanan terakhir Manchester United bermain liga juara-juara di Old Trafford.. Pada pendapat aku, berkemungkinan besar adalah ya.

Berdasarkan apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini, tak kiralah Manchester mahupun Bayern, jelas dan nyata, Bayern punya banyak kelebihan berbanding Manchester United. Kalau dilihat daripada segi kekuatan, taktikal, kebolehan pemain mahupun prestasi semasa, kesemua berpihak kepada Bayern Munich.  Apa yang membezakan hanyalah bermain di Old Trafford.

Yang menjadi tanda tanya, adakalah perlawanan di Old Trafford merupakan perlawanan terakhir Manchester United di lamannya sendiri? Jawapan tue hanya dapat dijawab pagi nanti. Aku sebenarnya kesian jugak dekat MU nie walaupun pada azalinya, meluat sebab selalu sangat menang, tapi bila dah teruk macam nie, aku simpati.

Tambahan pula, berkemungkinan game malam nie game  Champions League terakhir mereka. Dan untuk dua tahun akan datang, mungkin tiada perlawanan Champions League di Old Trafford. Jadi macam Liverpool. Rasanya dah lima tahun lebih tak masuk Champions League.

Apapun Moyes, aku mengharapkan keajaiban berlaku. Ajaib macam mana? Manchester United menang dengan Bayern Munich, kemudian menang Champions League. Walaupun duduk tangga ke 7 liga, tapi masih layak ke Champions League musim hadapan. Kalau itu berlaku, Moyes boleh dianggap sebagai hero baru dan The Chosen One.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget