Friday, April 4, 2014

MB Terengganu Keterlaluan - FAM

Akhirnya FAM bersuara. Kali nie lebih kepada serangan balas kepada MB Terengganu, Ahmad Said. Seronok aku follow cerita diorang nie. Betul-betul boleh buat movie terhebat sepanjang zaman. 
Hahahhaha..
Memang patut pun Datuk Taufek Abd Razak bersuara. Kredibiliti FAM perlu dipelihara, tambahan pula beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga antara panel yang bertanggungjawab mendenda JDT RM30,000 hari tue.

Ambik masa sehari jugak erk untuk respon Ahmad Said nya komen erk. Itu baru Ahmad Said bersuara, yang menteri sukan bersuara tue, aper cer pulak? Respon, jangan tak respon. Tapi tak mengapa. Kita tunggu esok pulak ada respon Datuk Taufek mengenai komen yang diutarakan KJ.

Buat masa sekarang, kita tunggu dan lihat, apa lagi drama diorang.... 

Hahahahaha...

Kuala Lumpur: “Beliau tidak ada kena mengena dalam bola sepak, beliau bukannya Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) jadi apa hak beliau menyuruh saya atau ahli Jawatankuasa Tatatertib lain meletakkan jawatan?
Itu reaksi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Taufek Abd Razak yang tidak puas hati dengan tindakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendesak ahli jawatankuasa itu melepaskan jawatan kerana tidak berani membuat keputusan berhubung insiden ‘Terowong Larkin’.

Ahmad dalam laporan Arena Metro semalam menganggap Jawatankuasa Tatatertib sebagai ‘pilih bulu’ apabila hanya menjatuhkan hukuman RM30,000 kepada Johor Darul Ta’zim (Johor (DT) kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan tanpa mengheret individu yang mencetuskan pergaduhan itu.

Taufek berkata, apa yang diperkatakan Menteri Besar Terengganu itu keterlaluan kerana pihaknya sedia membicarakan kes mana-mana individu sekalipun.

“Kenyataan itu amat keterlaluan kerana beliau (Ahmad) tidak faham status kes sebenar. Beliau tidak boleh membuat tuduhan seperti itu sebaliknya perlu mendapatkan penjelasan terlebih dulu daripada sekretariat FAM kenapa tiada individu didakwa.

“Kami hanya membicarakan kes yang dibawa ke mesyuarat dan pihak yang bertanggung jawab mengeluarkan surat pertuduhan adalah sekretariat FAM. Kami pernah mengendalikan kes TMJ (Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) sebelum ini dan sekiranya beliau didakwa, kami sedia membicarakan kes itu. “Kami pernah membicarakan kes berprofil tinggi lain membabitkan Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim, soal takut atau tidak takut tidak timbul di sini. Saya diberi mandat memikul tanggungjawab oleh FAM dan sudah melakukan yang terbaik, tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan kerana masalah ada seorang (Ahmad) yang tidak faham,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Tambah Taufek, tidak wajar Ahmad mempertikaikan kenapa wakil T-Team tidak dipanggil memberikan keterangan pada mesyuarat Selasa lalu kerana kes itu hanya membabitkan pasukan Johor DT.

“Dalam aspek keselamatan pada perlawanan itu, kita tidak perlu memanggil wakil T-Team kerana pertuduhan dibuat ke atas pasukan tuan rumah, pasukan T-Team tidak ada kena-mengena,” katanya yang bakal mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membicarakan tindakan susulan berhubung kenyataan Ahmad itu.

Oleh Aziman Rosdi
Sumber-http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MBketerlaluan/Article/index_html

-luis Garcia-
Recent Comments Widget