Friday, April 4, 2014

FAM tak perlu tunggu polis - KJ

Pulak dah... Nampak gayanya, drama FAM nie sebenarnya dah boleh buat filem dah. Memang penuh dengan thriller dan suspend. Aku yang baca pun berdebar-debar. Tak boleh nak jangkakan pengakhiran dia bagaimana. Kalau script cerita nie dapat dekat Christopher Nolan, mesti boleh box office macam cerita Batman..

Hahhahahah...

Macam-macam hal. Kali nie, Khairy Jamaludin aka Menteri Sukan sendiri bersuara. Aku tak sure KJ bercakap atas kapasiti seorang menteri atau sebagai pencinta bola sepak Malaysia, tapi daripada segi yang dituturkan itu ada logiknya jugak. Berikut komen KJ yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

PETALING JAYA - Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam 'insiden terowong' tanpa perlu menunggu polis menyelesaikan siasatan mereka kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
Katanya, beliau percaya kes itu tidak akan dapat dibawa ke mahkamah kerana tiada bukti menerusi keterangan daripada saksi dan tiada rakaman insiden itu berlaku.
“Dari satu sudut, saya percaya FAM tidak akan menerima apa-apa hasil yang akan diperolehi daripada siasatan polis," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan FAM menangguh siasatan terhadap individu yang didakwa terlibat dalam kejadian tersebut.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100plus-KBS di sini semalam.
Jawatankuasa Tatatertib pada Selasa lalu membuat keputusan menangguhkan pendengaran kes insiden terowong dengan alasan tidak mahu mendahului polis, yang telah menghantar la­po­­ran siasatan kes itu ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Pada 1 Februari lalu, kekecohan berlaku sewaktu rehat perlawanan pusingan kedua Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team di dalam terowong menuju bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.
Susulan kejadian itu, JDT didenda sebanyak RM30,000 atas kesalahan gagal menyediakan kawalan yang sepatutnya sehingga kejadian itu berlaku.
Menurut Khairy, Jawatankuasa Tatatertib FAM sebenarnya masih boleh membuat keputusan sendiri hanya berdasarkan imbangan kemungkinan dan keterangan saksi kejadian.
“Kalau FAM pakai imbangan kemungkinan, tidak payahlah sampai melampaui keraguan yang munasabah (rujuk polis dan Peguam Negara). Masalahnya sekarang ada saksi jadi jika FAM senang dengan imbangan kemungkinan, mereka boleh ambil tindakan.
“Kalau polis ini, dia hendak bawa ke mahkamah mestilah tanpa keraguan munasabah. Kalau tiada, tidak akan ada apa-apa tindakan undang-undang tetapi saya tidak tahu apa beban bukti yang FAM pakai," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah SAM-Kementerian Belia dan Sukan 2013 di sini, semalam.
“Dari satu sudut saya faham sebab kita tidak boleh mendahului siasatan polis tetapi pada satu sudut lain, saya rasalah, tidak akan ada apa-apa hasil daripada siasatan tersebut (polis)," katanya.
Mengenai rasa tidak puas hati Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Ahmad Said mengenai cara dan tindakan jawatankuasa itu, Khairy berkata beliau faham perasaan Menteri Besar Terengganu itu.
“Saya faham sebab dia pun ingin melihat penyelesaian isu itu. FAM boleh pakai tahap bukti yang lebih rendah daripada polis dan saya rasa mereka boleh buat keputusan (berdasarkan peraturan tatatertib bola sepak)," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Khairy menggesa persatuan-persatuan sukan yang kurang menyerlah pada Sukan SEA Myanmar, tahun lalu memperbaiki segera pres­tasi pasukan mereka menjelang temasya yang sama di Kuala Lumpur tiga tahun lagi.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget