Saturday, April 19, 2014

Bakat muda bolasepak Australia meninggal dunia


Dylan Tombides

Dylan Tombides sememangnya tidak dikenali langsung peminat-peminat bola sepak ketika ini, namun bakatnya sangat dinanti-nantikan pasukan West Ham United. Tapi apakan daya, Dylan Tombides terpaksa mengalah apabila bakat muda ini disahkan mati setelah bertarung selama 3 tahun melawan penyakit kanser.

West Ham United yang bakal menerima kunjungan Crystal Palace Sabtu ini, akan memakai armband berwarna hitam sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Dylan.



Untuk maklumat pembaca stylosport, Dylan Tombides menyertai West Ham United sebagai pemain remaja pada tahun 2010 dan membuat penampilan skuad senior pada tahun 2012 dalam League Cup.

Dylan juga mewakili Australia U-17 dan U-23, awal tahun ini menjuarai Kejohanan AFC U-22, Dylan dianggap sebagai permata baharu buat Socceroo (Australia).




-sumber: foxsport-
-bergkamp-
Recent Comments Widget