Friday, April 18, 2014

Jangan terlalu ghairah - Luis Suarez

Pertama kali admin dengar Suarez cakap macam ni, admin syak yang penyokong Liverpool mesti dah overconfident bila dah tahu Liverpool 'boleh' jadi juara EPL mengatasi Chelsea, Manchester City dan Arsenal. Season belum habis lagi, jangan berangan dulu ok? Hehehe.


Luis Suarez yang telah menghasilkan 29 gol musim ini mengakui ia adalah normal bagi penyokong untuk mengharapkan sesuatu dan teruja dengan kedudukan Liverpool sekarang ini. Dengan partnership di hadapan bersama Daniel Sturridge yang meletup dan Captain Marvel Steven Gerrard sebagai anchor di bahagian tengah, penyokong Liverpool seolah-olah yakin bahawa mereka pasti akan pulang bersama piala juara liga.


Luis Suarez berkata, ''Bila saya keluar dan terserempak dengan penyokong, mereka sentiasa menyebut tentang kejuaraan liga. Saya memberitahu mereka supaya bertenang dan jangan risau kerana kami masih lagi berusaha sebaik mungkin.''


''Paling penting sekarang adalah pengurus. Pengurus telah memberikan yang terbaik dan skuad Liverpool sangat menghargainya. Adalah penting bagi kami untuk melihat pengurus (Brendan Rodgers) kembali tenang dan relax.'' ulas Suarez.


Liverpool akan bertandang ke Carrow Road bertemu Norwich dan pastinya, admin Luis Garcia confident Liverpool boleh menang. Jadi, anda perlu lah menunggu admin Luis Garcia untuk review game tersebut. Hehe~

-sumber: Eurosport-
-bergkamp-



Recent Comments Widget