Wednesday, April 30, 2014

Cristiano Ronaldo menari cha cha cha untuk Bayern


Sedap sungguh Cristiano Ronaldo menari tarian cha cha cha. Aper tidaknya, dengan tertewasnya dominasi Bayern Munich di Allianz Arena. 


uno...cha cha cha...cha..cha..cha...cha..cha..chaaaa...


Labels:

Paulo Rangel akan bermain untuk Malaysia?

Bagi aku, ini cerita yang paling best untuk aku ulas. Kalau nak ulas pasal game Real dengan Bayern, semua orang dah tahu apa kesudahannya (baca disini). Tapi berita Paulo Rangel nak bermain untuk Harimau Malaya? Ini rare beb.. Dah la sekarang Paulo Rangel nie tengah performe gila. Top scorer kot dalam Liga Super sekarang.


Tapi apa yang aku dengar nie masih lagi samar-samar. Masih mencari statement penuh daripada Paulo Rangel  atau mereka yang berkenaan mengenai perkara ini. Aku tak tahu nk komen sama ada ini perkara yang baik atau tidak. Kalau ini caranya untuk menaikkan nama Malaysia di kancah bolasepak dunia, mungkin satu perkara yang elok, sebabnya dah ramai negara-negara lain yang buat. Tapi biasa la kan. Kita nie memang punya jati diri yang kental.

hehehehe

Kalau perkara ini benar-benar berlaku, aku ternanti-nanti reaksi macai-macai FAM tentang ini. Mungkin ada potensi untuk jadi drama terkini sementara menunggu pemilihan pada 25 Mei ini. Mana taukan...

Hahahahah

-luis Garcia-

Labels:

Javier Zanetti, Kapten Inter Milan bersara...


Kapten Inter Milan dengan ini akan melabuhkan tirainya sebagai pemain profesional pada hujung musim ini. Malah perkara ini telahpun disahkan oleh pemilik Inter sendiri, Erick Thohir.

Zanetti yang akan mencapai umur 41 tahun pada bulan ogos ini akan memulakan kariernya dibahagian pengurusan sebaik sahaja beliau bersara.


"Kami telahpun mengadakan perbincangan bersama Javier Zanetti beberapa bulan yang lalu dan keputusan akhir adalah Zenetti bersetuju untuk menyertai barisan pengurusan dan kejurulatihan Inter Milan sebaik sahaja beliau bersara", Kata Thohir kepada media semasa pada Selasa lalu.


Zanetti yang bermain untuk Inter Milan semenjak tahun 1995 telah mempunyai 800 penampilan malah bermain untuk Argentina sebanyak 145 perlawanan. Beliau pernah bermain untuk pasukan Argentina ketika mengharungi  Piala Dunia 2002 dan 2006 dan berjaya memenangi 16 major trofi termasuk lima kejuaraan Serie A, dan kejuaraan Liga Juara-Juara pada tahun 2010.

Antara Anugerah yang diterima Javier Zanetti.






Lagi informasi berkenaan Javier Zanetti di sini.

Sumber : ESPN

-luis Garcia-

Labels:

Gol Tito Vilanova dulu kala


Labels:

Setelah dipecat, David Moyes dilihat di pantai Miami..

Mungkin ketenangan sedang diccari Moyes setelah dipecat MU. Destinasi, Miami. tempat menarik dan banyak paparazi. Apapun, selamat bercuti Moyes.

Hehhehehe...

David Moyes tiba di Florida bersama isteri tercinta, Pamela Moyes..






Menikmati makan malam...



Dan bersantai di pantai Miami..








sumber : Dailymail

-luis Garcia-

Labels:

Gol Bayern Munich vs Real Madrid


Ketinggalan 1-0 di Santiago Bernabéu, Bayern Munich kelihatan memiliki peluang besar untuk memenangi perlawanan timbal balik. Bagi Real Madrid pula, kelebihan 1 gol harus di pertahankan dan mereka boleh sahaja untuk bermain secara bertahan.


Sergio Ramos mencetak dua gol dalam 20 minit pertama dari header dari set piece dan keadaan menjadi tegang antara kedua-dua pasukan ini. Jaringang pertama di jaringkan pada minit ke 16 manakala jaringan kedua pada mini ke 20.



Sebelum akhir babak pertama Cristiano Ronaldo menambah gol ketiga apabila bergandingan dengan Gareth Bale dan mengalahkan pertahanan Bayern Munich dan penjaga gawang Manuel Neuer melalui counterattack yang cantik.



Babak kedua permainan agak kurang mendebarkan sampai akhir pertandingan. Ronaldo, yang masih lagi kehausan gol, mengambil sepakan percuma di luar kotak penalti dan memilih untuk menyepak rendah di bawah dinding pertahanan saat mereka melompat ke udara. Satu tendangan yang sangat bijak dan satu rekod baru Champion League dengan jumlah jaringan 16 gol .

Labels:

Salahkan ku, Jangan salahkan ku - Guardiola


Biasa menang besarkan? Kali ni kalah besar pula. Hukum karma. Mungkin inilah takdir Bayern Munich. Mungkin Guardiola masih bersedih lagi? Antara kenyataan Guardiola ialah corak permainan Bayern Munich memang sangat teruk dan dialah yang harus di persalahkan. 

"Jangan bersedih nak..papa ada ni. Meh sini peluk sikit" mungkin itulah kata-kata Guardiola kepada Ribery

Labels:

Ronaldo pecah rekod gol Champion League


Ronaldo telah memecahkan rekod gol Champion League yang di pegang oleh Messi dengan 16 gol musim ini. Dengan kemenangan ke atas Bayern Munich dan akan beraksi di final, berkemungkinan pemain yang berharga £80 juta ini akan menambahkan koleksi gol dan terus memahat nama dalam senarai penjaring terbanyak Champion League.

Senarai penjaring terbanyak Champion League:-

Pemain
Cristiano Ronaldo

Lionel Messi

Mario Gomez

Lionel Messi

Cristiano Ronaldo

R. van Nistelrooy
Musim2013-14

2011-12

2011-12

2010-11

2012-13

2002-03
Gol
16

14

12

12

12

12

Labels:

Tuesday, April 29, 2014

Arbaie, si penghuni gua....

Sambil membelek-belek hanfon Lenovo yang baru dibelinya, Arbaie kelihatan masih sunggul. Sunggul memikirkan nasibnya yang kini sudah hari ke-2 di dalam 'gua'. Dibelek lagi smart phone Lenovo model S920.

"Memang nate Din nie, perkena aku..", Arbaie berbicara seorang diri.

"Bodoh punya Gerrard, buat aku susah ja", katanya lagi.

Begitulah kiranya aktiviti Arbaie sejak dua hari lepas. Ini semua gara-gara keyakinan Arbaie yang begitu tinggi hingga ke langit yang mengatakan Liverpool sudah pasti menjadi juara tahun ini. Kalau ditanya sirah Liverpool dari zaman Daglish sehingga Rodger atau dari zaman Bruce David Grobbelaar hingga Simon Mignolet mahupun dari zaman Graeme Souness hingga zaman Steven Gerrard, Arbaie dapat menjawab seperti dia makan biskut kering sahaja. Kadang-kadang sambil tidur pun dia boleh jawab soalan-soalan sirah Liverpool dengan tepat. Tapi kalau ditanya 10 sahabat nabi, berpeluh jugak la Arbaie duduk memikir. Boleh jawab, tapi tak sehebat sirah Liverpool laa..

Apa tidaknya, kalau nak suruh Arbaie buat analisis bolasepak Liverpool, jangan kata ramalan barisan kesebelasan utama dia teka betul, pasukan yang akan bertemu dengan Liverpool pun dia tahu seekor-seekor. Siapa yang cedera, siapa yang penat, siapa yang boleh main. Semua dia tahu. Pendek kata, sekilas mata memandang, Arbaie tahu siapa yang boleh score gol.

Tapi hari Ahad lepas, Arbaie sudah terkena. Dengan megahnya dia mencabar Kamaruddin, kawan baiknya yang Liverpool boleh menang mudah dengan Chelsea. Kamaruddin seringkali menasihati Arbaie supaya jangan bongkak sangat. Tapi bila Kamaruddin bukak sahaja mulutnya, Arbaie mesti bahan kawannya itu.

"Kau Moyes, duduk diam. hahahahaa"

"Moyes dok jago doh la Man U. Abe Giggs lonie. Mene kot semale.." jawab Kamaruddin.

Walaupun Kamaruddin dah duduk dan berkerja di perantauan selama beberapa tahun, namun loghat Kelantannya masih tidak dapat diubah. Dia pernah cuba bercakap KL dengan Arbaie, tapi, malangnya, Arbaie patah tangan selepas Kamaruddin bercakap loghat Kl dengannya. Apa tidaknya, semasa Kamaruddin cuba bercakap KL dengan Arbaie semasa sedang menaiki tangga. Tiba-tiba Kamaruddin cakap KL dengan Arbaie. Terdekah-dekah Arbaie ketawa, tanpa sedar, dia tergelincir jatuh dan tanganya patah. Sejak hari itu, Kamaruddin tidak lagi cuba untuk bercakap KL.

"Mung molek sikit Baie, kaloh male nie masuk gua kot demo. Kawe nie pun baru ja tubek semale. Mene 4 kosong. Abe Giggs jadi menager."

"Kiranya gua kosong la sekarang nie erk. Aku tak kisah lah. Liverpool mesti menang. Main kan Anfield lagi tue. Kau ingat main kat maner? Anfield tue kubu kuat Liverpool. Suarez saja musim nie dah 30 gol. MU kat maner? Aku tak nampak dah dalam top 4 sekarang nie."

"Bongkak demo nie. Demo tunggu la male nie. Silap-silap masuk gua kot"

"Apa aku heran sangat gua? Setakat 3 4 hari tue selamber jer aku lepak." tegas Arbaie.

"Kalau Liverpool kaloh, mung tidor dale stor belake tue, supa gua dah aku tengok. Denge kaburator, block engine Wira mung, tayar. Dok tiga male ka. Leh gak kemah-kemah sikit dale tue."

"Oooo.. Aritue apesal ko tak masuk gua tue?? hahahahah.. Tak der hal lah. Seminggu pun aku boleh tidor la dalam gua tue." jawab Arbaie dengan bongkak.

.....


"Oi.. Tubek aaa... Sie aku tengok demo. Nie bawak masuk balik taya keto nie. semak abih dapor. Nak masak Meggi pun payah."

"Tengok, aku boleh tahan, kau tue yang tak boleh tahan. hahahah", Arbaie ketawa girang. Girang sebab dia tak payah nak berdolak dalih dengan Kamaruddin. Girang sebab keegoannya masih terpelihara.

"Nate bongkak" jeling Kamaruddin sambil-sambil bersiap nak masak Meggi.


-luis Garcia-

Labels:

Cavani the Beast


Dengan badan yang bapak beso dan bapak sasa, skali shoot...omak

Labels:

Arsenal mudah meratah Newcastle United


Closing in: Arsenal brushed aside Newcastle to all but secure Champions League football next season
Mesut Ozil meraikan jaringan bersama pasukan

Dengan kembalinya Aaron Ramsey dan Mesut Ozil di bahagian tengah, Arsenal memang dalam keadaan terbaik. Bagi admin game Arsenal vs Newcastle ni memang open game, game pulak flow steadily, dan yang bezanya Arsenal kelihatan lebih bernafsu untuk memburu gol berbanding Newcastle yang struggling untuk attack.

Pada mereka yang menonton perlawanan ini (especially fan Arsenal), anda akan dapat lihat bagaimana Ramsey set tempo game dengan baik. Ozil juga bermain dengan sangat baik, dengan menjaringkan 1 gol dan 1 assist yang cantik serta key pass yang menarik.

Gol pertama dijaringkan oleh Laurent Koscielny daripada set piece yang diambil oleh Santi Cazorla. Bagi admin gol ini menunjukkan defensive Newcastle agak teruk dalam man to man marking. Fabio Coloccini yang tak begitu cergas terpaksa diturunkan, dan ini memberikan pemain Arsenal peluang untuk lari dari marking.

Stretch: The French defender reached out his right foot to poke home Santi Cazorla's free-kick

Gol ke-2 pula datang dari playmaker Jerman, Mesut Ozil. Semua nya bermula apabila hantaran Arteta dari kawasan Arsenal berjaya menemui Giroud yang terlepas perangkap offside (Debuchy punca) dan melepaskan 2 rembatan yang berjaya ditepis dan disambar Mesut Ozil. Gol pertama dalam tahun 2014. 

Doubled: Mesut Ozil increased Arsenal's lead just before half-time

Dalam gol ke-3, Mesut Ozil dan Ramsey memainkan peranan untuk build up attacking dan assist dari Ozil singgah ke kepala Giroud dengan cantik. Bagi admin, defensive Newcastle macam terlalu kedepan hingga memudahkan Arsenal untuk melakukan key pass. Ketiga-tiga gol ni memang punca dari defend. 

Passenger: Newcastle goalkeeper Tim Krul was left helpless as Giroud extended Arsenal's lead
Jaringan ke-3 Arsenal dari heading Giroud
Dengan kemenangan ini Arsenal kelihatan yakin untuk berada dalam slot Champion League musim hadapan. Mana tak yakinnya, Everton akan jumpa Manchester City yang favorite untuk menjadi juara EPL musim ni. City pasti tak akan drop point (lainlah kalau jadi kan? hehe). Apa-apa pun, well done Arsenal!

Man of the match: Mesut Ozil

Dejection: Newcastle fell to their sixth straight defeat in the Premier League
Kecewa...

Loud and clear: Newcastle fans in the away end at the Emirates make their feelings towards Pardew known
Calon seterusnya untuk dipecat? Who knows...

-sumber: dailymail
-bergkamp-


Emre Can dan Heung-Min Son menuju ke Anfield



Duo Bayern Laverkusen, Emre Can dan Heung-Min Son sedang di intai Liverpool untuk sessi 2014/2015.

Emre Can, berusia 20 tahun di gelar New Michael Ballack  sebelum ini bermain bersama Bayern Munich namun namanya naik bersama Laverkusen.




Heung-Min Son bakal menjadi lagenda Laverkusen baru selepas Coreano Cha Bum Kun yang beraksi bersama Laverkusen 30 tahun sebelum Son. 

Rodgers sentiasa memerhatikan duo ini untuk menambahkan kekuatan jenteranya bagi kempen Champion League musim hadapan.



Labels:

Video Training Bayern Munich

 Jom layan video training Bayern Munich

Labels:

PROMOSI PENGIKLANAN PERCUMA DARI STYLO SPORT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sukan bola sepak yang telah berkunjung ke laman stylosport.blogport.com Kami dengan berbesar hari ingin mewar-warkan bahawa kami di Stylo SPort akan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengiklankan produk-produk akau servis-servis anda kepada masyarakat umum secara umumnya, Walaupun kami di Stylo Sport ini masih baru, namun potensi kami untuk terus berkembang dan untuk menjadi hub sukan bola sepak tetap menjadi keutamaan.

Disebabkan kami ini masih baru dalam industri informasi ini, maka tujuan utama kami disini lebih kepada untuk menyediakan informasi terkini berkenaan bola sepak. Oleh itu, sekiranya ada pihak-pihak atau pembaca-pembaca ataupun mana-mana ynag berminat untuk meletakkan pengiklanan di Stylo Sport, maka kami tidak teragak-agak memberikan khidmat tersebut kepada anda.

Untuk sesi pengenalan Stylo Sport kepada umum, kami akan mengiklankan kepada anda secara percuma selama dua minggu (14 hari). Setelah iklan tersebut bersiar selama 14 hari, terpulang kepada anda sama ada ingin meneruskan pengiklanan atau tidak. Jika berminat, barulah kami mengenakan bayaran.

Contoh banner-banner yang disediakan.

1. Banner 780×90

2. Banner 250×250

3. Banner 250×100

place your ad here 300x100 Pengiklanan

4. Pengiklanan atas permintaan/Special Request Advertising (sila nyatakan)

DAN SEMUA INI PERCUMA DALAM MASA 14 HARI.

Selepas 14 hari, barulah kami akan mengenakan bayaran seperti dibawah :
- Banner 780x90 - RM150/sebulan
- Banner 250x250 - RM80/sebulan
- Banner 250x100 - RM50/sebulan
- Lain-lain bentuk Banner/Iklan boleh dibincang kemudian.
 
Sama ada anda berminat untuk meneruskan pengiklanan selepas 14 hari atau tidak, tiada paksaan dan semuanya adalah bergantung kepada anda.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di
- stylosport2014@gmail.com

Sekian. Terima Kasih.

Krew Stylo Sport.


| Penyerang Luis Garcia | Pemain Tengah Bergkamp | Pertahanan Ewento Marcello | | Penjaga Gol Bluk | Originaliti http://stylosport.blogspot.com |

Labels: