DYAM Tunku Ismail dan skuad pilihannya telah menunjukkan permainan dalam klas yang tersendiri malam tadi apabila menentang pasukan pilihan PBNJ. Dengan jurang jaringan 8-1 yang dimenangi pilihan TMJ, keputusan tidak penting dan tiada piala mahupun pingat untuk dimenangi.
Barisan pemain adalah:
PILIHAN TMJ (JDT)
DYAM Tunku Ismail (TMJ), Azlan (GK), Jasazrin, Moya, Beng, Fazly Mazlan, Irfan Fazail, Hariss Harun, Hadin Azman, Nurul Azwan Roya, Yan.
PILIHAN JOHOR FA
Angel (GK), Juan Roman, Dimitri, Zafrin, Marcos, Roslan Hamid, Qique, Machi, Martin, Hamzani, Faruq.
Namun permata sebenar perlawanan adalah sumbangan amal oleh PBNJ sebanyak RM 80 000.00 sebelum bermulanya separuh masa kedua yang disampaikan oleh Ketua Jurulatih JDT Cesar Jiminez kepada keluarga mangsa lemas Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat yang diwakili oleh Pegawai Daerah Segamat Tuan Hj. Abdul Rahim Bin Hj Nin.
Turut menerima serahan cek berjumlah RM 20 000.00 setiap satu kepada 6 buah rumah anak yatim terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Islam daerah Pontian yang diwakili oleh Tuan Hj Mohd Haikal Hj Barkawi, Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bahru-En Nasaruddin Bin Amet/Rahiman Bin Sarbidi, Rumah Barkat Johor Bahru-Dato’ Hj Abd Kadir Bin Anuar/Tn Hj Abu Bakar.
Baihakki Khaizan dan Datuk Latiff Bandi pula telah menyampaikan cek kepada Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Islam daerah Kota Tinggi yang diwakili oleh En Mohd Badrul/En Mohd Azhar, Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Islam Batu Pahat- Hj Jaafar Suradi dan Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Islam daerah Kluang-Dato Hj Gapar.
Cukup nostalgik apabila kelibat bekas pemain Johor yang bermain untuk Pilihan PBNJ seperti Nasir Yusof, Salehan Md Som, Kamaruddin Ahmad, Roslan Hamid, Hamzani dan tidak lain tidak bukan Penolong Jurulatih JDT Ismail Ibrahim yang seangkatan dengan nama-nama besar ini suatu masa dahulu berkata; ”Kami sekadar mencari peluh dan suka-suka dan yang penting adalah kami enjoy the game”.
Menurut ‘Profesor’ Nasir Yusof pula, “Kali terakhir saya bermain di stadium ini ialah pada tahun 1995, dan saya sangat berbangga dan merupakan satu penghormatan dapat beraksi menentang sebahagian daripada pasukan JDT dan khasnya TMJ dalam satu perlawanan persahabatan amal. Saya juga mahu melihat JDT menjulang sekurang-kurangnya 2 piala pada tahun ini”.
Buat Salehan Md Som pula,”Saya dapat berjumpa kawan-kawan lama walaupun tidak semua dan apa yang dibuat oleh DYAM Tunku ini amat baik atas tujuan amal, pada peringkat umur begini setakat itulah saja yang dapat saya pamirkan dan sumbang walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit dan ini akan menjadi kenangan buat saya, semoga diberkati Allah”.

sumber: johor southern tigers