JDT vs Dortmund
Tiada perlawanan sarkis antara JDT vs Dortmund
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan aksi persahabatan diantara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Borussia Dortmund langsung tidak seperti perlawanan sarkis Pilihan M'sia lawan Spurs.
"Tiada kebaikan langsung yang mampu diambil dari perlawanan Pilihan Malaysia lawan Spurs, Kkita tidak mendengar atau melihat sebarang persetujuan usahasama dimeterai oleh kedua pihak.
Adakah terdapat pertukaran pengetahuan teknikal? Adakah Spurs akan menerima kunjungan mana-mana pasukan seliaan FAM? Adakah perlawanan tersebut digunakan sebagai suatu eksperimen bagi persediaan pasukan kebangsaan bagi tugas-tugas akan datang?," katanya menerusi laman rasmi Facebook Johor Darul Takzim.
TMJ beranggapan aksi JDT menentang Borussia Dortmund merupakan perlawanan kompetitif yang serius, dan bermanfaat kepada para pemain JDT
"Perlawanan ini juga bagi mengukuhkan hubungan antara dua kelab yang bercita-cita tinggi, melalui usahasama yang akan memberikan manfaat kepada bolasepak negara.
Dengan adanya kerjasama ini, anak-anak didik Akademi JDT dari seluruh pelusuk negara yang bakal dilatih oleh tenaga pengajar berkepakaran dari Dortmund, berpeluang untuk meningkatkan mutu bolasepak tempatan serta mewakili Malaysia dengan cemerlang pada masa akan datang," kata TMJ.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit