Thursday, June 4, 2015

Rombakan besar-besaran skuda Harimau Muda

Rombakan besar-besaran skuda Harimau Muda


KETUA jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee memberi bayangan bakal membuat rombakan pemain besar-besaran dalam aksi genting berdepan juara bertahan, Thailand aksi ketiga Kumpulan B Sukan Sea 2015 di Stadium Bishan, hari ini.


Beliau berkata, perubahan pemain penting dalam mengekang jentera serangan berbahaya skuad Gajah Perang itu yang turut diperkuatkan pemain terbaik Piala AFF Suzuki 2014, Chanatip Songkrasin yang mendapat jolokan Messi Jay kerana memiliki pergerakan lincah.

“...Yang mustahak di sini, kita harus berwaspada dengan setiap gerakan mereka (Thailand) dan pada masa sama, kita perlu tahu, kita perlu menang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad B-23 negara di Padang Politeknik Nanyang di sini, semalam.

“Jadi, kita perlu memikirkan cara atau corak serangan kita selain memikirkan kesemua (pemain) pasukan Thailand,” jelas pengendali berusia 44 tahun itu.

Pada masa sama, Kim Swee turut meminta pemainnya supaya mengenepikan beberapa faktor sampingan pada pertemuan genting itu, termasuk keadaan cuaca panas terik kerana perlawanan berdepan Thailand itu bakal berlangsung pada sebelah petang.

“Apabila kita turun esok, sudah tentu aspek taktikal memainkan peranan, namun akhirnya bagi saya, mentaliti pemain.

“Jika kita inginkan keputusan positif, sudah tentu kita tidak boleh fikirkan cuaca, kepenatan...kita harus tolak ke tepi perkara yang akan memberi kesan negatif kepada pasukan,” kata Kim Swee yang membimbing pasukan Malaysia muncul juara edisi 2011 di Palembang, Indonesia.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget