Hakimi Ismail Pecah Rekod Sukan SEA Acara Lompat Kijang
Tahniah buat atlet muda Malaysia iaitu Muhammad Hakimi Ismail. Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kemarau pingat emas negara selama 18 tahun dalam acara lompat kijang pada Sukan SEA ke-28 di sini.
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara tersebut ialah pada Sukan SEA 1997 di Jakarta, Indonesia menerusi Mohd Zaki Sadri yang melakukan lompatan sejauh 16.05 meter. Lebih manis lagi, Muhammad Hakimi bukan sahaja meraih pingat emas, malah beliau turut memperbaharui rekod Sukan SEA, selepas mencatat lompatan sejauh 16.76m pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura pada Selasa.
Atlet berasal dari Felda Rentam, Pahang itu berjaya memadamkan rekod lama 16.67m yang dicipta atlet Vietnam, Hung Nguyen Van pada Sukan SEA 2013 di Myanmar. Pingat perak menjadi milik Kongnil Varunyoo dari Thailand dengan lompatan sejauh 16.20m, manakala pingat gangsa dimenangi atlet Vietnam, Nguyen Van Hung(15.92m).
Muhammad Hakimi, 24, bagaimanapun kurang berpuas hati dengan pencapaian itu kerana jurulatihnya Victor Sotnikov dari Rusia meletakkan sasaran lebih tinggi iaitu 16.90m, untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dan Kejohanan Olahraga Dunia 2015 di Beijing, China pada Ogos. Hakimi Ismail Pecah Rekod Sukan SEA Acara Lompat Kijang.
“Saya perlu segera mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi kekurangan yang ada jika ingin pergi lebih jauh dalam acara lompat kijang,” katanya. Pemenang pingat perak acara yang sama pada Sukan SEA 2013 itu berkata beliau tetap bersyukur kerana berjaya menebus kembali kegagalannya di Myanmar dua tahun lepas. Hakimi Ismail Pecah Rekod Sukan SEA Acara Lompat Kijang.
“Alhamdulillah syukur kerana akhirnya saya dapat meraih pingat emas walaupun agak tertekan ketika melakukan lompatan terakhir,” katanya. Muhammad Hakimi berkata kejayaan itu juga adalah hasil persiapan rapi selamadua bulan di Australia pada awal tahun ini. Sementara itu, atlet lompat bergalah lelaki negara, Iskandar Alwi terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah melakukan lompatan setinggi 5.05 meter.
Pingat emas menjadi milik Purahong Porranot dari Thailand dengan lompatan setinggi 5.30 meter dan pencapaian atlet berusia 19 tahun itu, berjaya mengatasi catatan 5.21m yang sebelum ini dipegang oleh Sintawacheewa Kreete juga dari Thailand, pada Sukan SEA 2009 di Laos. Pingat perak acara tersebut dimenangi oleh Obiena Ernest John dari Filipina dengan lompatan setinggi 5.25m. Hakimi Ismail Pecah Rekod Sukan SEA Acara Lompat Kijang.
Nasib berbeza menimpa atlet pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli yang hanya menduduki tempat keempat dalam acara 100m selepas mencatat masa 11.93 saat. Pingat emas dimenangi Richardson Kayla Anise dari Filipina manakala pingatperak menjadi milik pelari Thailand, Wannakit Tassaporn, dengan kedua-dua pelari itu mencatat masa yang sama 11.76s. Pingat gangsa pula diraih atlet Singapura, Pereira Veronica Shanti dengan catatan 11.88s.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit