Tuesday, April 21, 2015

Rory Delap, si tangan Hulk yang mengganas di EPL





Di kesempatan yang sempit ini, mari kita sama-sama revise kembali pemain yang pernah mencetuskan huru-hara di kancah EPL dalam lontaran panjang, iaitu Rory Delap. Artikel ini agak panjang, dan harap anda akan enjoy membaca. Huhu~

Fenomena lontaran panjang adalah sesuatu yang baru ketika Rory Delap memperkenalkannya pada tahun 2008. Balingan Delap yang luar biasa ini pernah mengejutkan dunia bola sepak England kerana kesannya dalam permainan adalah begitu ketara. Sebagai mana ketaranya lontaran ke dalam Delap ini? Mari kita terjah keberkesanannya...

Ancaman Delap's Throw
Martin O'Neill ketika menjadi pengurus Stoke City menyifatkan Stoke City mendapat lebih banyak free kick dan corner kick berbanding pasukan lain kerana lontaran ke dalam Delap adalah setara dengan "sepakan sudut atau sepakan percuma". Ia boleh memberikan ancaman dari jarak 30-40 meter (98-131 kaki) atau purata 38 m (125 kaki). Lontaran Delap pernah mencapai kelajuan sehingga 60 km/jam (37 mph). Beberapa gol Stoke pada 2008 juga disumbangkan melalui lontaran Delap. 



Pandangan pakar
Ramai pakar-pakar, termasuk bekas pengurus beliau, Tony Pulis, telah mengulas mengenai teknik Delap adalah berkaitan flatness (rata dan mendatar) dan jarak dan membuatkan pemain pertahanan susah untuk membuat clearance. "Ia memberikan banyak masalah kepada pertahanan lawan. Saya rasa ia adalah kerana lontaran itu begitu rata. Ia tidak melengkung tinggi (curve) di udara."

Felo Profesional yg terkenal dengan lontaran panjang seperti Mario Melchiot di Wigan Athletic, dan Lee Dixon di Arsenal, turut mengagumi Delap. Melchiot melabelkan keupayaan Delap sebagai "satu neraka, satu lontaran ke dalam" dan "senjata besar". Melchiot turut menyatakan bahawa tidak ramai orang dalam liga yang boleh clear/mengeluarkan bola itu dengan mudah.



Teknik
Untuk meningkatkan momentum balingan, Delap mengaplikasikan rentak seperti berikut:
1. Mengambil empat langkah dari papan iklan di sekitar padang
2. diikuti dengan satu langkah panjang.

3. Ketika melakukan lontaran beliau menanam kaki hadapan beliau teguh untuk memacu momentum semua ke hadapan, dengan itu ia meningkatkan kepantasan bola dilepaskan.

Delap berkata dia tidaklah bekerja keras sangat untuk membina kekuatan bahagian atas badan dan badan, walaupun dia banyak menggunakan tenaga di bahunya dan otot belakang untuk memberi kuasa. Untuk mencapai sasarannya lebih cepat, Delap mementingkan kadar pada trajektori yang rata dan melepaskan sekuat mungkin untuk memberikan jumlah putaran belakang yg besar di titik belakang bola. Ini membantu untuk melawan graviti supaya bola akan bergerak pada paras ketinggian lebih walaupun ia dilepaskan pada apa-apa sudut yang rendah. Dia biasanya dia mensasarkan dua pemain dalam 6ft di dalam target zone.




Analisis Lee Dixon
"Saya tidak pernah melihat sesiapa yang mempunyai lontaran ke dalam seperti Delap dan saya percaya peluru 'misil' beliau telah mencipta tujuh daripada 13 gol liga Stoke musim ini. Saya juga kerap melakukan lontaran panjang dahulu, tetapi saya hanya hanya mensasarkan agar masuk kedalam kotak saja dan bukan mementingkan ketepatan. Saya rakan sepasukannya Perry Groves juga pakar dalam lontaran jauh dan kita telah melihat pemain seperti Dave Challinor dan Andy Legg melakukannya - tetapi tak siapa sapt menandingi Delap." -Lee Dixon-
Menurut analisis Dixon, faktor faktor yang meningkatkan lagi sifat berbahaya lontaran masuk Delap adalah peraturan yang ada:

"anda tidak akan offside dalam melakukan lontaran ke dalam, jadi penyerang boleh berada sedalam mana dalam kotak enam meter
dan 
"Jika melakukan sepakan percuma, ia bermula dari bola di atas tanah, bermakna pemain perlu mempunyai kemampuan semula jadi untuk melompat dan mengatasi pemain pertahanan dan juga perlu mengelakkan offside."

Notable Long Throw

Dalam musim EPL 2008-09 lontaran Delap akan membawa kepada sekurang kurangnya 2 percubaan gol dalam satu perlawanan. Kedua-dua gol Stoke ketika tewas 3-2 kepada Everton pada 14 September 2008 adalah hasil assist lontaran Delap ini. Selepas itu pengurus Everton, David Moyes yang disebut Delap sebagai " Human Sling".



Kemudian, Delap menggunakan keupayaannya untuk membantu 2 gol Stoke dalam kemenangan penuh legenda 2-1 ke atas Arsenal di Stadium Britannia pada 1 November 2008. Ia adalah antara notable kepada lontaran signature beliau. Lontaran untuk gol pertama adalah hasil daripada lontaran 45 meter dari garisan tepi ke dalam kawasan penalti.

Kemudian pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari melabelkan teknik itu sebagai "hebat" dan mencadangkan penjaga gol yang tidak sepatutnya cuba untuk mencabar bola dalam situasi ini.
"Saya rasa dia meletakkan bola lebih baik dengan tangannya daripada kakinya, ia adalah hebat. Saya tidak pernah melihat apa-apa seperti ini dalam hidup saya. 10 meter di luar, 'budak' ini meletakkan bola di dalam kawasan penalti. Mungkin ia bukan bola sepak yang indah (beautiful football) tetapi ia yang berkesan. "

Arsene Wenger tak suka dan benci

Walaupun ramai yang percaya Delap perlu menggunakan keupayaan membaling sebagai kelebihan pasukannya, Arsene Wenger tidak bersetuju dan menganggap ia bukan kelebihan pasukan. Beliau menyatakan dalam satu temu bual di laman web Arsenal.


"Sebagai contoh di Stoke, Rory Delap melontar bola seperti menendang bola. Ia adalah sedikit "kelebihan" yang tidak adil. Dia menggunakan kekuatan yang biasanya bukan satu kekuatan dalam bola sepak." Mungkin kerana tewas menentang Stoke City, Wenger agaknya tak suka dengan teknik lontaran Delap ini. Haha~

Wenger juga membantah tentang masa yg diambil oleh Delap agak lama untuk mengelap bola. Dan Wenger serta berberapa pengurus mendesak agar penyediaan tuala di luar padang/kawasan Delap harus dihapuskan. Banyak stadium selain Britannia mengambil tuala dan melarang ball boy membantu menyediakan tuala. Bola yang basah menyusahkan dan accuracy bola jatuh ke kawasan bahaya akan berkurangan. Kalau tak ada tuala, Delap guna jersey ja lap bola. Haha.


Apapun , lontaran Delap adalah antara fenomena dalam bolasepak dunia walaupun secara teknikal dia adalah bukan pemain yg cukup bagus. Dan dengan Stoke City jugak lah kita selaku penonton bola sepak dapat tengok upset bila lawan team besar. Hehehe~

-bergkamp-
-kredit to Kelab Penyokong Liverpool Malaysia






Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget