Tuesday, April 21, 2015

Falcao ke Liverpool?

Falcao ke Liverpool?


Ejen Radamel Falcao sedang berunding dengan Liverpool untuk menawarkan penyerang Monaco itu ke Anfield pada musim depan melalui perpindahan tetap.


Falcao yang kini dipinjamkan kepada Manchester United gagal me­nyerlah sepanjang musim ini apabila sekadar menjaringkan empat gol daripada 23 penampilan.

Situasi itu menyebabkan peluangnya untuk kekal di Old Trafford tampak malap.

Walaupun pengurus United, Louis van Gaal mempunyai peluang untuk mendapatkan Falcao secara tetap, namun jurulatih dari Belanda itu telah memberitahu Monaco bahawa pemain tersebut akan pulang ke Perancis, hujung musim ini.

Falcao dikaitkan dengan Chelsea dan Liverpool sejak kebelaka­ngan ini dan ejennya, Jorge Mendes berkata, dia telah memulakan rundingan dengan beberapa kelab untuk menjadi destinasi baharu buat bekas pemain Porto dan Atletico Madrid itu.

Liverpool dijangka melepaskan tiga penyerangnya, Mario Balotelli, Rickie Lambert dan Fabio Borini sebaik musim ini berakhir.

Justeru, Mendes berusaha memujuk pengurus Reds, Brendan Rod­gers untuk membeli pemain Colombia itu secara tetap.

Falcao, yang perlu pulang ke Monaco sebaik sahaja Liga Perdana Inggeris berakhir, mahu kekal di England, dan Liverpool tampak menjadi pilihan yang ideal bagi pemain berusia 29 tahun itu untuk kembali bangkit mendapatkan sentuhan pemusnah.

Menurut akhbar Britain, sumber terdekat Liverpool berkata, kelab itu perlu membayar 25.1 juta pound (RM135.6 juta) kepada pemain antarabangsa Colombia tersebut.

Begitupun, mereka menganggap pembelian tampak berisiko jika melihat kepda aksi Falcao sejak pulih daripada kecederaan lutut sebelum ke Piala Dunia 2014.

Falcao jarang menjadi pilihan Van Gaal untuk diletak dalam ke­sebelasan utama, selain bergelut mendapatkan sentuhan pemusnahnya seperti mana yang dilakukan di Atletico Madrid. – AGENSI


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget