Wednesday, January 14, 2015

Sathianathan bimbang ATM tiada stadium rasmi


"Kami masih lagi mencari stadium sebagai gelanggang rasmi ATM", Itu tegas jurulatih ATM, B. Sathianathan selepas permohonan untuk menggunakan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di tolak Majlis Perbandaran Seremban.

Situasi itu sememangnaya mendatangkan kerisauan kepada Sathianathan apabila dua pemohonan awal untuk menggunakan Stadium Selayang dan Stadium Paroi tidak diluluskan.

Faktor itu menyebabkan pegendali berusia 57 tahun itu terpaksa mencari alternatif lain dengan mensasarkan Stadium Perak di Ipoh dan Stadium Hang Jebat di Melaka sebagai pilihan untuk dijadikan gelanggang rasmi ATM musim 2015.

Sementara itu, Sathianathan turut memaklumkan dia masih belum mendapatkan kesebelasan utama pasukan selepas mengharungi 6 perlawanan persahabatan sebelum ini.

Beliau menegaskan, kesebelasan utama pasukan akan diputuskan selepas mereka kembali di Bangkok bagi megharungi perlawanan persahabatan pra musim di sana.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget