Wednesday, January 14, 2015

JDT sudah bersedia


Pengendali Johor Darul Takzim, Bojan Hodak optimis barisan Harimau Selatan bersedia menghadapi saingan musim ini selepas menjalani latihan pra musim di Australia baru-baru ini.

JDT mengadakan empat aksi persahabatan di Australia, ketika latihan pra musim dari 2 hingga 10 Januari lalu.

Skuad Harimau Selatan meraih dua keputusan seri berdepan dua kelab liga kebangsaan Victoria serta tewas dua kali kepada skuad kebangsaan Palestin dan Uzbekistan yang kini beraksi di Piala Asia.

Meskipun tewas 4-1 kepada Palestin dan Uzbekistan, Hodak menyifatkan dua perlawanan itu pengalaman amat berharga buat pasukannya yang akan beraksi di kelayakan liga Juara-Juara AFC bulan depan.

Hodak turut memuji kesungguhan tujuh pemain baru dalam skuad JDT, ketika latihan di Australia.

Piala Sumbangsih melibatkan juara Liga Super 2014 JDT menentang Juara Piala FA 2014, Pahang berlangsung pada 31 Januari bertempat di Larkin, Johor.

Sementara itu liga Malaysia akan bermula pada 6 Februari dengan Liga Perdana menjadi perlawanan pembuka tirai sebelum Liga Super berlangsung sehari selepas itu.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget