Sejak di perkenalkan pada tahun 1978, Rally Dakar telah mencatatkan 28 kematian di kalangan pelumba yang terlibat. Mangsa yang terbaru, Michal Hernik di jumpai mati pada hari Selasa di peringkat ke-3 perlumbaan di antara San Juan dan Chilecito.
Hernik yang menunggang motorsikal KTM Duke, di jumpai di kilometer ke 206 pada peringkat ke-3. Hernik di jumpai pasukan peronda dan dia menunjukkan tiada sebarang kesan kemalangan.
Sejarah Rally Dakar
Rally Dakar mula di perkenalkan pada tahun 1978. Perlumbaan ini di mulakan pada tahun 1979 dan laluan yang di gunakan bermula dari Paris sehingga ke Dakar, Senegal.
Jarak perlumbaan yang perlu di lalui oleh pelumba di Rally Dakar sejauh 10,000km.
Perlumbaan di ketegorikan kepada 4 kategori iaitu:-
Motorsikal
Quad
Kereta
Trak
Rally Dakar kemudiannya menukar laluan ke benua Amerika Selatan iaitu Argentina dan Chile pada 2009 setelah berlaku pergolakan di Mauritania iaitu negera jiran Senegal.
Pada tahun 2012, Rally Dakar menambah 1 lagi destinasinya iaitu Peru. Dan bermula pada 2013, Bolivia di masukkan ke dalam route perlumbaan.
Senarai pelumba yang maut di Rally Dakar
- Patrice Dodin, 1979
- Bert Oosterhuis, 1982
- Jean-Noël Pineau, 1983
- Jean-Noël Pineau, 1986
- Giampaolo Marinoni, 1986
- Jean-Claude Huger, 1988
- Kees van Loevezijn, 1988
- Patrick Canado, 1988
- François Picquot, 1991
- Charles Cabannes, 1991
- Laurent Le Bourgeois,1991
- Jean-Marie Sounillac, 1991
- Gilles Lalay, 1992
- Michel Sansen, 1994
- Laurent Gueguen, 1996
- Jean-Pierre Leduc, 1997
- Daniel Vergnes, 2002
- Bruno Cauvy, 2003
- José Manuel Pérez, 2005
- Fabrizio Meoni, 2005
- Andy Caldecott, 2006
- Elmer Symons, 2007
- Éric Aubijoux, 2007
- Pascal Terry, 2009
- Jorge Andrés Martínez Boero, 2012
- Thomas Bourgin, 2013
- Eric Palante, 2014
- Michał Hernik, 2015
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit