Hanya Liverpool kelab yang sesuai untuk Mario Balotelli, kata agen pemain tersebut, Mino Raiola. Menurut ESPN News, Mino Raiola berpendapat Balotelli hanya sesuai untuk kelab Liverpool melainkan Harga Balotelli meningkat antara 60 ke 70 juta Euro, dan pada masa itu, Balotelli boleh berpindah keluar daripada Liverpool.
Mino Raiola berkata, kini Balotelli tidak boleh keluar daripada Liverpool untuk ke mena-mana kelab sama ada dlm EPL mahupun Serie A kerana contrak yang dipersetujui selama 4 tahun antara Balotelli dan Liverpool. Dalam masa 4 tahun itu, Balotelli mesti patuh dan perlu memberikan kerjasama kepada pengurusan Liverpool. Jika tidak, beliau berkemungkinan akan terus dibangku simpanan untuk selama-lamanya.
"Perpindahan Mario ke Serie A daripada City merupakan satu kekesalan kepada saya sebagai agen pemain. Mario sepatutnya terus kekal di City daripada berpindah ke Serie A, dan kini Mario terperangkap di Liverpool selama 4 tahun." ujar Raiola
"Di Liverpool, sekiranya anda tidak patuh atau tidak mendengar arahan daripada pengurus dan jurulatih, anda akan dipinggirkan. Dan ini yang sedang berlaku kepada Mario."
"Mario juga faham dengan situasi beliau di Liverpool, malah terdapat perubahan daripada bentuk kehidupan sosial beliau. Dan ini sedikit sebanyak mematangkan beliau" Kata Raiola lagi.
"Kalau dulu, semasa di City, Mario diraikan dan dipuja, tetapi tidak di Liverpool. Dan perkara ini sudah saya jelaskan kepada Mario, malah Mario memahami perkara tersebut."
" Jalan terbaik adalah meningkan prestasi permainan dan meninggikan nilai beliau daripada sekarang hingga mencecah 60 ke 70 juta Euro. Dan pada ketika itu, barulah Mario boleh berhijrah ke kelab yang lebih besar. Tetapi, buat masa kini, hanya Liverpool kelab yang sesuai untuk Mario Balotelli."
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit