Friday, January 9, 2015

Gary Spongebob terhangat di pasaran..

 

Seronok sebenarnya bila kes Gary Spongebob hangat diperkatakan dan didebatkan. Sebab apa jadi macam nie, aku pun tak pasti, yang pasti, Gary Spongebob memangnya ingin bermain dengan pasukan terbaik, terbaik untuk dirinya, terbaik untuk keluarganya (daraipada segi kewangan), dan terbaik daripada segi kariernya. Yang menariknya, kini kes tarik menarik sedang berlaku.

Pahang cakap yang Gary Spongebob setuju dengan terma mereka, siap ambil gambar lagi. Aku tak tahu la semasa gambar diambil ketika mana Gary pegang jersey Pahang, dia sedar ke tak apa yang berlaku. Macam kena pukau pun ada, apa tidaknya, pakai selipar jamban ja semasa ambil gambar tue..


Di JDT pula, nampak lebih meyakinkan dengan Gary Spongebob diperkenalkan di suatu majlis rasmi JDT. Latihan kem JDT pun Gary Spongebob terlibat sama. Penin aku... Hahhahaha... Yang paling best, apabila Kedah pun terlibat sama inginkan mamat ini. Apa tidaknya, kerana dakwa Kedah FA, apabila pemain tamat khidmatnya bersama Harimau Muda, mereka perlu pulang ke pasukan negeri asal mereka. Gary Spongebob nie budak Kulim. Aku pun tak pasti celah mana kat Kulim dia duduk. Sebab kampung aku pun Kulim jugak...




Last-last sekali, semua berbalik kepada FAM... Ya, FAM. FAM kini sedang menyemak dan akan membuat keputusan rasmi berkenaan mamat nie. Haih... Dah sampai FAM kena buat keja nie, kira kes berat.

Woi... Korang tak tahu ker FAM ada banyak keja lain nak kena buat? FAM nie badan ultimate tau dalam bola sepak tau. Bukan sahaja di Malaysia, malah kat FIFA pun ada power tau... ahhahahahah... FAM.. lawak la pulak tiba-tiba aku rasa..

Wakakkakakaka....

Pendapat aku, kalau Gary Spongebob ini nak pergi mana pun, biar jer lah. Kalau dia masuk JDT pun, apa masalahnya. Kalau masuk Pahang pun, tak ada hal. Semua keputusan ditangan mamat nie. Yang Kedah terhegeh-hegeh nak jugak Gary Spongebob tue lagi aku tak faham. Korang tue dah la main Liga Perdana, takan mamat nie nak join Liga Perdana, mesti dia nak main Liga Super. Aku Fan Kedah, dan aku follow perkembangan bola sepak negeri Kedah. Kedah ada banyak lagi pemain muda yang lain. Gunakanlah... Adooi..

Yang korang cakap yang ada peraturan yang pemain kena balik ke negeri masing-masing tue, aku malas nak komen, sebab peraturan tersebut, FAM yang buat. Bila FAM buat, kelalunya, keputusan mereka flip floop. Kejap itu, kejap ini, Memang aku dah tak percaya sangat dengan FAM nie.

Bak kata TMJ berkenaan isu ini, sebenarnya, isu nie kecil ja, tapi dibesar-besarkan. Mentaliti kelas kedua. Sampai bila nak berkembang. So setakat itu ajalah bola sepak Malaysia kalau dok bertekak tentang isu ini.

Apapun, aku ucapkan selamat maju jaya kepada Gary Spongebob. Ko main lah kelab manapun, kalau bagus, memang boleh pergi jauh. Kalau fikir duit, kejap jer lah. Kalau injured, gelap masa depan... Hahahaha...



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget