Korang mesti ada yang pernah dengar apa itu Tifo. kalau tak pernah dengar, aku pasti, korang mesti pernah tengak tifo, tapi korang tak tahu apa sebenarnya tifo nie. Tifo ini bukan sejenis binatang ataupun keta ok..
Tifo, asalnya daripada perkataan Itali yang membawa maksud suatu fenomena sokongan pasukan sukan, dan ia diterjemahkan dalam bentuk cheografi yang ditunjukkan oleh peminat dalam suatu arena atau stadium yang mana cleografi ini disambungkan menjadi satu bentuk atau tulisan atau gambar.
Macam semalam, apabila lagu negaraku berkumadang di ruang udara Stadium Shah Alam, Ultras Malaya berjaya membentuk tifo mata Harimau Malaya dikuti dengan bendera Malaysia kiri dan kanan. Agak rare di Malaysia, tetapi apapun aku ucapkan tahniah kepada Ultras Malaya atas usaha yang ditunjukkan.
Tapi, kalau nak banding dengan eropah punya tifo, memang kita jauh lagi la nak sampai tahap begitu. Namun, tak mustahil kita juga boleh buat sepertimana tifo kelab-kelab di eropah.
Antara tifo kelab eropah adalah seperti Milan, Juventus, Real Madrid, Barcelona, Liverpool, Manchester United, Dortmund..
Dalam pada itu, cuba bayang, tifo yang disusun itu agak-agak berapa keping rasanya. Aku rasa mesti ribu-ribu. Sebagai contoh, tifo yang disusun oleh Ultras Malaya pun ribuan keping. Yang anehnya, pihak pengurusan stadium hanya membenarkan 10 orang sahaja yang boleh masuk satadium dan menyusun tifo ini. Ada logik ka... Adeh...
Apapun, syabas dan tahniah Ultras Malaya. Tifo menarik. Meremang bulu roma aku time lagu negaraku, pastu dengan tifo lagi, tambah bendera kiri kanan. Pergh......
ps: Gambar tifo ultras malaya semalam banyak aku cilok twitter dengan fb yer...
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop