Monday, December 1, 2014

Tahniah Harimau Malaya. SIngapura 1-3 Malaysia


Tahniah. Maaf sebab sedikit lambat untuk aku ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya. Semangat perjuangan yang tidak pernah luntur dari minit pertama sehinggalah minit ke 95, menunjukkan bahawa Harimau Malaya menewaskan sekutunya, Singapura di Stadium National Singapura Sabtu lalu.

Sebenarnya, aku agak risau dan berdebar apabila perlawanan tamat separuh masa pertama kerana corak permainan yang diterapkan oleh Abg Dol kepada pemain-pemain. game untuk perlawanan pertama agak lagu dan corak hantaran yang memerlukan larian-larian yang kencang. Malaysia banyak menggunakan Azamuddin Akil dibahagian sayap kanan, dan Copot seringkali melakukan hantaran jauh. Hantaran-hantaran jauh ini kadangkala buat aku melompat sendirian, apa tidaknya, memang menarik dan tepat. Bab ini, aku puji Copot.

Corak permainannya agak baik malam itu. Tapi yang menggusarkan aku adalah gaya permaian keseluruhan pemain separuh masa pertama. Laju.. Dan aku takut perkara yang sama berlaku sepertimana ketika menentang Thailand hari itu. 20 minit terakhir, dan pancit, tambahan pula, pemain Malaysia ramai dah yang berusia.

Tapi apabila permainan separuh masa kedua bermula, aku lihat, corak permainan dan hantaran, kelihatan seimbang, sama ada pemain Harimau Malaya masih mempunyai kudrat yang baik ataupun, pemain Singapura juga pancit pada separuh masa kedua. Bermula dengan gol pertama oleh Safee Sali, tiba-tiba SIngapura dilihat seperti terluka. Bertalu-talu menyerang dan Malaysia tiba-tiba mengambil bentuk gaya bertahan, berlengah-lengah masa dan mula membuat hantaran-hantaran yang sia-sia. Dalam masa yang sama, SIngapura memperoleh sepakan percuma yang mana sepakan terus tersebut berjaya ditampan, namun bola muntah dari tangan Apex, dan kemudian disambut oleh pemain Singapura untuk gol menyamaan. SIngapura 1-1 Malaysia. Kemudian Harimau Malaya panik..

Dari situ, bermula kembali hantaran-hantaran jauh masuk ke dalam ruang penalti Singapura. Bertalu-talu hantaran dilakukan, namun gagal dicapai dan ditahan oleh pemain Harimau Malaya. Dan kemudian, satu hantaran daripada kiri kedalam kotak penalti. Amri Yahya disitu, tiba-tiba terjatuh kerana diasak Shakir Hamzah. Dalam masa yang sama, aku dah tepuk dahi, dalam hari berkata, habis laa... minit ke 90 pulak tue. Alih-alih, pengadil bagi penalti. Hahahhahah...

Copot dengan bergayanya menyumbat gol melalui sepakan penalti dengan tenang. Singapura 1-2 Malaysia. Aku dah tak risau dah. Aku dah tak penin dah. Compom dah Malaysia menang. Hahhahah.. So aku layan jer la minit-minit terakhir perlawanan.

Corner kick oleh Singapura, singgah ke dalam ruang penalti Malaysia, terkena Mahali, kemudian Mahali tendang keluar bola tersebut. Tinggi lambungan bola itu. Manaf Mamat berlaki kemudian mengasak pemain SIngapura untuk mendapatkan bola lambungan Mahali tadi, dan dia berjaya. Bola melantun di atas padang. Indra Putra laju mendapatkan bola. Kini yang akan menghalang Indra hanyalah palang dan tiang gol kerana penjaga gol SIngapura hilang. Indra kemudian membawa bola itu sambil larian dilakukan. Kelihatan dua pemain Singapura berkejaran untuk membantu tiang-tiang dan palang tadi. Dengan tiada lagi sebarang halangan dan rintangan yang mungkin akan diduga,  Indra Putra kemudiannya dengan tenang dan lembut menolak bola tersebut ke gawang Singapura. Kedua pemain tadi masih berlari, tapi sudah terlambat. Bola tadi bergolek tepat kesasaran. Singapura 1-3 Malaysia.

Tamat perlawanan, Malaysia layak ke separuh akhir. Aku lega, dan ucapan tahniah aku ucapkan. Apa yang aku risaukan sebenarnya, kini tidak lagi merisau kan. Kini Malaysia akan bermain di separuh akhir di Stadium Shah Alam sabtu depan. Jadi, mari kita ramai-ramai untuk membantu rakan kita di padang sebagai pemain ke 12.

Ayuh Semua...

Kepada Safee Sali, hang memang sempoi. Apa da hal, international rokok, janji score gol... Hahhaha.. Tahniah...

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget