Monday, December 1, 2014

SYM, Safee Yang Mantap...


Aku rasa, korang boleh tengok macam mana sumbat gol hari sabtu hari tue. Mamat nie memang rembat sehabis kuat yang mungkin. Memang lepas geram sungguh tue. Hahahhaha..

Sememangnya, daripada segi psikologi aku memahami. Apa tidaknya, dikritik dengan pelbagai andaian dan ejekan, akhirnya SYM membuktikan dengan rebatan kencang menerjah jaring Singapura. Ini juga secara tidak langsung, beliau membuktikan yang beliau masih releven sebagai penyerang peringkat international untuk Malaysia.

Hahhahaha..

Apapun Safee, gua respek sama lu. Walaupun bertebaran kritikan terhadap kau, namun masih dapat menjaringkan gol. Macam dalam entry aku yang dulu masal gambar kau yang viral di media sosial, aku malas nak komen lebih-lebih, tapi apa yang penting, kau sumbat gol. So, aritue kau dah sumbat gol. Kira terbaiklah.

Bagi aku, personal life is personal life, sapa kita nak kacau. Asalkan, bila dah ada tanggungjawab, kena tunaikan. Dalam kes Safee Sali, dia dah sumbat gol. Ini baru penyerang internasional. Apadahal kan...

Hahhahahah..

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget