Friday, December 12, 2014

Shukor: Otai masih berbisa


Makin tua, makin menjadi. Itulah yang paling layak diberikan kepada ketua pasukan negara, Shukor Adan yang menjadi watak paling penting di sebalik kejayaan manis Harimau Malaya di Stadium Nasional My Dinh malam tadi.

Selain menjaringkan gol keempat pada minit ke-43 yang merentap semangat juang pemain Vietnam, ketenangan Shukor mengawal dan membimbing barisan pertahanan berjaya membantutkan segala pergerakan berbahaya tuan rumah.

Ketika ditemui selepas perlawanan, dia tidak mahu melabelkan hanya dirinya sahaja layak disanjung tetapi semua pemain di dalam Harimau Malaya adalah wira negara.

“Tidak, jangan anggap kehadiran saya menjadi punca di sebalik kemenangan malam ini kerana semua rakan-rakan saya telah melakukan tugasan mereka di atas padang de­ngan cemerlang.

“Kami mampu mengekalkan tahap disiplin dengan baik walaupun tuan rumah mengasak kami habis-habisan terutama di separuh masa kedua,” katanya.

Namun, dia mengakui menja­ringkan gol semalam adalah antara saat paling manis dalam kariernya, selain mara ke perlawanan akhir.

“Setelah enam tahun, saya kembali menyertai pasukan kebangsaan dan ini adalah detik paling manis saya di peringkat antarabangsa.

“Bukan sahaja kerana jaringan berkenaan tetapi membawa pasukan negara ke perlawanan akhir pertama kali dalam karier saya sebagai pemain.

“Mungkin ini adalah hasil doa daripada penyokong Harimau Malaya dan ahli keluarga kami yang tidak putus-putus memberikan sokongan,” katanya. – UTUSAN

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget