Barisan pemain muda negara akan didedahkan pada kejohanan membabitkan 15 pasukan jemputan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) selepas beraksi di Jerman, Jepun dan Korea.
Empat pasukan negara, Harimau, Tigers, Pantera dan Cougars akan menggalas cabaran bagi memberi cabaran kepada kelab Sevilla FC, Dinamo Zagreb, Pohang Steelers, Chonburi FC serta pasukan kebangsaan Uzbekistan, Myanmar dan beberapa pasukan lain.
“Barisan pemain ini disasar membawa skuad negara layak ke Piala Dunia Bawah 17 pada 2019. Ini antara pendedahan buat mereka yang turut bersaing untuk diserapkan ke tiga sekolah sukan tahun depan,” kata Pengarah Kanan (Unit Sokongan) PPBN Safirul Azli Abu Bakar.
Katanya, saingan kompetitif dan berkualiti akan berlangsung pada kejohanan edisi pertama kerana pihaknya mempunyai penelitian terperinci menyenaraikan pasukan bertanding.
“Ini program kemuncak PPBN tahun ini. Ia juga edisi pertama dengan perancangan jangka panjang bagi menjadikan kejohanan ini antara yang terbesar di Asia,” katanya.
Saingan yang bermula Jumaat ini dijalankan secara liga membabitkan empat kumpulan dengan dua pasukan teratas mara ke suku akhir.
~metro~
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop