Friday, December 12, 2014

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala AFF


Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala AFF untuk bertemu Thailand selepas menewaskan Vietnam 4-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua malam ini dan seterusnya menang keseluruhan dengan agregat 5-4.

Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim melalui sepakan penalti di minit ke-empat, manakala golf kedua dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-14.

Vietnam kemudiannya mendapat gol pertama mereka melalui sepakan penalti di minit ke-21.

Malaysia kemudiannya meneruskan asakan dan mendapat gol ketiga pada minit ke-28 melalui jaringan gol sendiri pemain Vietnam.

Kedudukan pasukan negara semakin selesa hingga perlawanan separuh masa pertama tamat apabila mendahului Vietnam 4-1 menerusi jaringan Muhammad Shukor Adan pada minit ke-42.

Dalam separuh masa kedua, Vietnam berjaya mendapat gol kedua mereka malam ini pada minit ke-78 dan kedudukan itu terikat sehingga perlawanan tamat. - UTUSAN


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget