Thursday, December 18, 2014

Hooligans menangis di mahkamah


Alololooo....cumelnya awak menangis dalam mahkamah.... Kikikiii....

Kasihan kau, tapi tak pe lah. Buat jadi pengajaran. Kalau benar tak buat jahat, alhamdulillah, tapi kalau dah buat tu, redha je la dengan apa jua hukuman.

Nak salahkan kau 100% pun tak  boleh sebab mahkamah belum keluarkan keputusan lagi. Apa-apa pun, ingatlah orang tua kau ye.



Shah Alam: Dua beradik antara lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan merusuh dan menyerang seorang penyokong bola sepak Vietnam ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu.

Peniaga sate, Mohd Aminuddin Hamdan, 34, dan adiknya Noor Hadi, 29, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Selain itu, pekerja kargo, Amirul Akmal Nooradzhar, 22, penghantar surat, Zulhelmy Akmal Zainol Abidin, 28, dan pelajar sebuah politeknik, Muhammad Naquiyuddin Sallehuddin, 19, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh yang sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda atau keduanya sekali. Ellyana menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget