Thursday, November 27, 2014

Zulfadli 
ke pusingan ketiga Terbuka Macau


Meskipun beraksi dalam keadaan tidak sihat namun bekas juara Remaja Dunia, Zulfadli Zulkiffli berjaya melangkah ke pusingan ketiga

Grand Prix Emas Terbuka Macau selepas mengetepikan cabaran pemain Taiwan, Wan Chia-Hsin semalam.

Aksi yang berlangsung di Tap Seac Multisport Pavilion itu menyaksikan Zulfadli, 20, menewaskan Chia-Hsin dengan keputusan 21-11, 5-21, 21-12 dalam tempoh 43 minit.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Zulfadli memberitahu, dia beraksi di bawah prestasi sebenar kerana batuk tetapi masih mampu mengawal keseluruhan permainan.

“Walaupun batuk dan sukar untuk bernafas sepanjang permainan tetapi saya tetap bermain secara menyerang.

“Dijangkakan menjelang esok saya akan pulih dan boleh beraksi dengan lebih baik. Saya akan cuba bermain dengan lebih baik untuk ke pusingan seterusnya,” katanya.

Dia akan bertemu pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon yang mara selepas menewaskan pemain India, Sourabh Varma 17-21, 21-17, 22-20.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget