Wednesday, November 5, 2014

Perbezaan ranking antara skuad Hoki, Ragbi dan Bola Sepak Malaysia



Hari ini nak bercerita sikit la mengenai ranking sukan dan admin nak fokus untuk 3 sukan utama, iaitu sukan hoki, ragbi dan bola sepak.

Juga berita baik buat peminat sukan ragbi negara. Malaysia telah mendaki 9 anak tangga dalam ranking dunia, yang menempatkan Malaysia di ranking ke-63 (dahulu ranking ke-72). Syabas buat skuad ragbi negara. Salute! (Saya memang peminat ragbi)


Buat skuad hoki negara, walaupun mengalami sedikit kekecewaan kebelakangan ini namun Malaysia masih lagi di ranking ke-13 dunia, dan ke-4 di Asia. Ini juga merupakan pencapaian yang baik dan diharapkan skuad hoki negara akan meneruskan saingan dan kecemerlangan di peringkat dunia kelak.


Namun, bagi bola sepak, ranking Malaysia agak berbeza, jauh berbeza berbanding sukan hoki dan ragbi. Walaupun dikenali sebagai sukan paling utama dalam Malaysia, namun ranking bola sepak Malaysia di pentas dunia tidak menunjukkan sukan bola sepak sebagai 'keutamaan' di negara ini.



Namun, ranking tak semestinya kekal, dan masih jauh lagi perjalanan kita. Have faith with our National Team. Rugby is the best example for now. Ragbi dan hoki dikatakan kurang sambutan berbanding bola sepak di Malaysia, namun tak mustahil 2 sukan ini mampu mengharumkan nama Malaysia berbanding bola sepak.

Lagi 16 hari lagi menjelang AFF Suzuki Cup. Mampukah skuad bola sepak Malaysia bangkit? Sama-sama kita nantikan dan berilah sokongan kepada mereka.

Buat skuad bola sepak Malaysia, contohilah skuad ragbi Malaysia. Walaupun mereka tidak dipandang tetapi mereka berhati besar. Adalah tugas saya selaku blogger sukan untuk mengangkat skuad ragbi yang semakin maju ketika ini walaupun tiada dana sebesar skuad bola sepak negara.

Tiada jalan singkat untuk berjaya, yang penting berusaha. Ayuh Malaysia!

-bergkamp-
-sumber:

http://www.irb.com/rankings/sportid=1/index.html#
http://www.fifa.com/fifa-world-ranking/ranking-table/men/rank=243/index.html
http://www.fih.ch/en/fih/events/worldranking

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget