Thursday, November 6, 2014

LIGA MALAYSIA 2015 - Perpindahan Pemain Musim 2015


Liga Malaysia 2015 bakal membuka tirainya pada Januari  2015 ini. Kesemua pasukan di Liga Malaysia kini sedang memperkuatkan skuad masing-masing.

Setakat ini, Pulau Pinang bershoping sakan membeli pemain-pemainnya dan mungkin ingin mengembalikan sejarah silam mereka.

Namun, apa yang lebih menarik lagi, perpindahan Baddrol Bakhtiar dari Kedah ke Pahang adalah sangat mengejutkan. Berkemungkinan Baddrol Bakhtiar dahagakan kemenangan dan piala menjadi antara sebab dia menyertai Pahang. 

Baddrol Bakhtiar yang telah menyertai Kedah semenjak 2005 menerusi skuad Piala Presiden Kedah di anggap seorang yang loyal dan setia bersama Kedah. Namun setelah 9 tahun bersama Kedah, angin perubahan mula tercetus. 


Selain itu, Mat Yo juga akan meninggalkan JDT ekoran gagal membarisi kesebelasan utama. Perpindahan Mat Yo bukanlah kerana kesilapannya gagal menyempurnakan sepakan penalti dan sebenarnya Mat Yo Tak Salah. 

JDT juga telah mendapatkan winger berkelajuan tinggi iaitu S.Kunalan dan juga S.Chanturu. Dan dengar khabar R.Gopinathan juga di intai JDT.

Manakala Selangor pula, bakal menerima kembali penjaga gawangnya, Norazlan Razali yang turut gagal membarisi kesebelasan utama JDT dan Selangor kembali kehilangan penjaga gawang utama mereka, Farizal Marlias yang ke JDT pula. Macam sistem barter pula. 

LIGA SUPER


ATM FA
Norshahrul Idlan Talaha (JDT FC ke ATM FA)

Felda United
Mohd. Fauzie Roslan (Pahang ke Felda United)

JDT FC
Farizal Marlias (Selangor ke JDT FC)
S.Kunalan (Selangor ke JDT FC)
S.Chanturu (Sarawak ke JDT FC)

Kelantan
Nor Farhan Muhammad (Terengganu ke Kelantan)
Nor Hafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan ke Kelantan)
Nor Hazrul Mustapha (Perak ke Kelantan)

Pahang
Baddrol Bakhtiar (Kedah ke Pahang)

Perak
Bobby Gonzales (PDRM FA ke Perak)
Zamir Selamat (PKNS FC ke Perak)

PDRM FA
Mohd. Hafiz Kamal (Pahang ke PDRM FA)

Selangor
Junior Eldstal (Sarawak ke Selangor)
Norazlan Razali (JDT FC ke Selangor)

LIGA PREMIER

Pulau Pinang
Mohd. Faiz Subri (Terengganu ke Pulau Pinang)
Mazlizam Mohamad (Terengganu ke Pulau Pinang)
Mohd. Ramezey Che Ros (PKNS FC ke Pulau Pinang)
Mohd. Azrul Ahmad (ATM FA ke Pulau Pinang)
Syukur Saidin (Sime Darby FC ke Pulau Pinang)
Mohd. Farid Ramli (Sime Darby FC ke Pulau Pinang)
Mohd. Failee Ghazali (Sime Darby FC ke Pulau Pinang)
Mohd. Redzuan Nawi (Sabah ke Pulau Pinang)
See Kok Luen (JDT II ke Pulau Pinang)
Mohd. Azinee Taib (JDT II ke Pulau Pinang)
Mafry Balang (Sarawak ke Pulau Pinang)
Sani Anuar Kamsani (Sarawak ke Pulau Pinang)

Negeri Sembilan
Shahrizal Saad (Perak ke Negeri Sembilan)
Azizi Mat Rose (JDT FC ke Negeri Sembilan)
Rizal Zambery Yahya (ATM FA ke Negeri Sembilan)
Rudie Ramli (ATM FA ke Negeri Sembilan)
Fauzi Saari (ATM FA ke Negeri Sembilan)

Belum ada pengumuman rasmi mengenai perpindahan ini
*Amirul Hadi (JDT FC ke Pahang @ ATM FA @ Negeri Sembilan)



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget