Tuesday, November 25, 2014

Ilkay Gundogan mahu berhijrah ke EPL







Terkini, Ilkay Gundogan telah menyatakan hasrat untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris malah ia telah mendapat perhatian daripada kelab Manchester United. Gundogan  yang telah memenangi Bundesliga bersama Dortmund pada tahun 2012 melihat karier beliau di Jerman kini tidak seperti dahulu lagi malah Gundogan juga tidak mendapat tempat dalam pasukan Jerman disebabkan masalah kecederaan.

Gundogan terdahulu pernah dikaitkan untuk berhijrah ke Real Madrid namun telahpun dinafikan perpindahan tersebut oleh Jugen Klopp. Namun kali ini, sekiranya Gundogan ditawarkan untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris, maka berkemungkinan besar Gundogan akan berhijrah.


"Real Madrid pernah menawarkan contrak kepada saya, namun kelab saya telah menafikan perpindahan tersebut kerana saya masih mempunyai kontrak bersama Dortmund selama 2 musim. Namun kecederaan telah menyebabkan saya tidak dapat bermain selama 14 bulan." kata Gundogan

"Untuk bermain diluar Jerman kini menjadi salah satu matlamat karier saya. Dan sekiranya saya berhijrah, saya ingin bermain untuk kelab di Sepanyol ataupun salah satu kelab ternama di England." ujar Gundogan lagi.




Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget